Friday, July 20, 2018

Kydd, In Loving Memory


guys, my dear friend that i told you about previously has passed away on 1st syawal at 4 am. this, gonna be a long long post (don't say i didn't remind you :P). before i start ramble, can we just recite al-fatihah for her, may Allah ease her journey to the hereafter and grant her jannah pretty pleaseee?

okay where do i start?

i think first and foremost i gotta thank xeera sebab inform pasal kydd sakit late last year, in October. i was so removed from her that i didn't know she was sick (i'll share with you later on this). upon knowing this, lepas je ended call dengan xeera i quickly called kydd untuk dapatkan kepastian. i think i called for few times tapi kydd tak angkat and later, dia text tanya kenapa call dia tengah drive. so i called again. tapi macam biasa, i kan egois i didn't say anything about it just yet, i knew it by then tapi i wanted her to tell me herself. and it didn't take a long time before she spilled the bean. dia cerita lah like how it started and apa dia buat lepas tu semua. time dia cerita tu air mata daku pun bergenang meleleh membasahi pipi but of course she didn't know. again, i kan egois. and thatttttttt, was on 29th October 2017, time tu dia belum tau lagi what exactly that "thing" yang tumbuh and makin membesar dekat leher dia, it was a tumor by the way and a cancerous one.

sebenarnya dia sakit apa, you ask? it's a soft tissue cancer - leiomyosarcoma. dulu time sekolah she did tell us (me, fah & jet) but i tak berapa nak ingat apa nama cancer dia tu but she survived. this time, unfortunately, the cancer got the best of her.

i managed to visit her 3 times ever since she admitted to IKN. first, lengkap semua ada me, jet & fah. second time, me and fah je and the third time tu me and jet. alhamdulillah. but each time jumpa memang nampak betul bezanya. first time jumpa dia boleh cakap lagi, boleh gurau lagi, batuk pun sesekali je and yang paling penting, dia still boleh makan. second time pergi visit dia, dia dah start takleh nak makan cuma boleh minum susu je, suara pun dah berubah tapi still boleh dengar and paham lagi and time tu dia kata dia dah start pakai diapers sebab takut tak sempat nak pergi toilet. time ketiga pulak, suara dah makin tak dengar of course makin kurus sebab dah tak makan almost a month perut pun dah concave, tulang rusuk nampak jelas bila baring.

kan kat atas tadi i told you guys pasal i was so removed from her that i didn't even know she's sick? kita rewind balik ke zaman diploma dan degree. time diploma dulu  geng aku 4 orang - kydd, fah, jet and me. memang rapat lah to the point 1 class 1 assignment 1 bilik (time part 3 aku dengan jet, fah dengan kydd), malam-malam lepak 1 bilik, each and everyone's birthday kita buat surprise, pegi lepak makan seafood kat tanjung dawai balik past curfew pukul 11 menggagau carik rumah kawan nak tumpang sebelum pulang semula masuk college pukul 6 pagi lol, dan gadoh siapa patut drive kereta sewa memandangkan time tu yang ada lesen cuma fah dan kydd. apparently 4 of us did apply for fast track time part 3 kat kedah semua ada reason masing-masing but as for me, to be honest aku cuma nak test power layak ke tidak lompat ke degree terus takde niat apa pun and initially aku pasang niat tak nak pergi pun. tapi biasalah, manusia bila nampak kesempatan depan mata terus niat murni nak stay dan habiskan diploma dilupakan. out of 4, 3 of us dapat lompat degree. aku, fah dan kydd. jet yang paling semangat sebenarnya, tapi rupa-rupanya rezeki dia adalah untuk habiskan diploma dan sambung degree lepas tu. time dapat result tu aku terus made up my mind, okay imma go! 1) aku dapat shah alam 2) kawan-kawan aku yang from sarawak memang cun-cun akan masuk degree time yang sama aku bakal register kat shah alam nanti. this is where everything started lah kot. sebab kydd macam reluctant nak pergi, dia suka kedah sebab dia dah ada team futsal dia sendiri and plus everyone loves familiarity kan. fah on the other hand aku rasa lebih kepada mana-mana pun okay tapi more to nak cuba tempat/benda baru.

i think things peaked bila kat shah alam kydd rasa macam she's left alone most of the times. on weekends, aku memang balik rumah. on weekdays i spent my nights dengan kawan lain-lain. i mean, dengan kydd pun aku spend time but then dengan kawan-kawan lain pun aku lepak jugak. nampak macam aku dah lupa kawan simply because dulu time kat kedah pagi petang siang malam kita berempat aje. so one of the things yang kydd mengadu kat jet adalah betapa tak seronoknya hidup kat shah alam sebab *kononnya* aku dan fah pandai so bila kena pilih partner for assignment kitorang otometik pilih each other dan dia left out (thanks facebook for reminding me of this! -___-) dan kemuncaknya  (okay this was so sillyyyyyy but it happened and i kept it to myself all this while but imma share it with you guys now kita belajar lah dari kebodohan aku okay?) apabila one day tetiba jet buat status pasal apetah aku tak ingat tapi macam jet tanya siapa aku paling sayang antara kitorang. okay again it was a silly game, i was silly and i didn't think much at that time. oleh kerana time tu yang miserable adalah jet, dia jauh kat kedah sana sorang-sorang and she was the one asking the question so aku terus masuk and komen "mesti lah aku paling sayang kau jet. kau no 1!" dan selepas tu fah pulak masuk tanya siapa second lepas jet dan aku terus jawab tanpa berpikir "okay kau no. 2 fah1" again, i wasn't thinking and i thought it was just a game. so ada lah komen-komen dalam tu lepas tu tiba-tiba kydd masuk dengan ayat sentap "yelah aku last. aku tak pernah letak nombor, siapa first siapa last antara kawan-kawan aku. siapa lah aku." baiklah, time tu baru rasa macam alamakkk gurau tak kena tempat ni. i thinkkk, i think if the role was reversed dan kydd kata aku nombor last, tadehalll. tapi sebab this is kydd we're talking about - yang paling sensitif dan lembut hatinya despite the outer appearance yang nampak ganas dah tentu-tentu benda ni jadi besar. again, to me it was just a silly game. and again, i was silly!

untuk tidak memanjangkan cerita, aku mintak maaf dan cakap semua aku sayang. settle. pada aku tutup buku. aku ingatkan habis kat situ jelaaaa, kitorang delete post tu dengan harapan supaya tiada siapa lagi yang sentap. tetapiiiii, rupa-rupanya kydd masih sentap. dia up status pasal benda ni. okay takpe aku diamkan aje. lepas tu dia up lagi entah kat blog ke kat mana tah. aku diam lagi. pastu ada lah kat mana lagi dia up tentang jiwa duka lara dia pasal kawan-kawan pilih kasih. guys, i thought it should have ended there when i apologize. i thought let's just keep it low aku dah mintak maaf mari lah kita move on bukak buku baru. but maybe to some, this is a big issue. maybe to some, this is unfair. dan aku tak boleh terima benda tu. aku tak suka kawan kaki sentap lebih-lebih. dan i was once, egoistic too. okay mungkin bukan 'was', mungkin still 'am' bahahaha. but yeah, aku sekali dua orang nak sentap boleh lah layan lagi. kalau benda "kecik" macam ni nak dijadikan isu panjang berjela, i kenot go beb. so dari memula aku rasa bersalah dan meminta maaf, aku jadi bengang dan marah. again, that was close to 10 years ago, we were all immature and i was hot-headed. bila aku marah, you don't see me bising-bising tinggi suara menjerit naik angin ke apa. i am talkative in nature dan hanya bila aku diam orang tau aku marah. buat apa aku nak buang tenaga bising-bising when i can just do the classic "silent treatment"?

dan start dari kejadian tu, aku terus tak bercakap dengan kydd.
for years.
pandang muka pun tak.
dan terus tak rapat, aku jauhkan diri dari dia dan start rapat dengan kawan-kawan lain.
to make things worse, sem 3 fah pindah balik kedah lalu masing-masing membawa haluan masing-masing.
at least bila fah ada *mungkin* benda tak nampak awkward sangat.
lebih nampak jahat bila aku okay je dengan fah dan jet, masih boleh bergurau dan contact macam biasa tapi dengan kydd langsung tak dah.

over the years, dah towards the end of our degree time ada lah aku kitorang start bercakap tetapiii cuma hal-hal penting je. dah tak boleh nak gurau macam dulu lepak macam dulu. even waktu fah tunang dan kitorang gerak berdua ke penang pun, i was cold. itu lepas habis belajar and masing-masing dah start kerja. kita spend the whole day together tapi aku memanjang rasa nak marah je agaknya entah berapa ribu jelingan bitchface aku hadiahkan untuk dia. nauzubillah. but that's just me, apparently. paling lambat marah dan paling lambat reda juga naik anginnya. tak lama mana lah marah aku tu, dalam 7-8 tahun macam tu. *tampar diri sendiri*

mungkin betul orang kata, it takes a big heart to apologize but a bigger, kinder one to forgive. padahal yang salah tu sebenarnya aku tapi aku cuma besar pada fizikal rupanya, tidak pada hati.

sebab tu bila aku first learned pasal kydd sakit aku sedihhhh sangat sampai menitik-nitik air mata, menangis malam-malam pikir. sedih tuhan je yang tau. sebab aku kawan yang tak cukup baik. okay let's not sugarcoat, sebab aku kawan yang jahat. macam mana lah aku boleh keras hati nak mampos bertahun-tahun takde rasa nak mintak maaf ke, nak sambung kawan balik ke. langsung takde. dan despite ketidakbaikan aku pada kydd, belum sekali pun aku dengar dia kata buruk pasal aku kat orang lain. in fact, aku tak pernah dengar pun dia cakap buruk pasal kawan-kawan dia. padahal dulu ada je dia kawan baik lain yang dah tak rapat dengan dia. bila aku tanya asal dia dah tak rapat dengan si polan tu, dia senyum geleng kepala je.

sejak dia keluar masuk hospital awal tahun hari tu aku asyik lah cakap kat kawan opis aku yang aku nak pergi tengok dia tapi macam ada je benda every week and when i got a change untuk akhirnya visit dia, i reminded myself that jangan sedih jangan nangis depan dia. that's fairly easy for me sebab wellll, i don't do crying? not in front of people, at least? but the last time i went to see her, bertakung jua air mata daku. masalah aku, i hate saying sorry. nak bermaaf-maafan aku tak reti tapi aku tau aku kena jugak mintak maaf. sekalikkk, time jet salam nak balik dulu tu jet mintak maaf kat kydd. lalu jiwa sis jadi tak tahan bertakung air mata sikit lagi nak tumpah ya (tapi dah janji takleh nangis depan diaaaaa paham takkk?!) walaupun jet mintak maaf gelak-gelak tapi aku syahdu lebih okay kat tepi. bila jet pandang aku, aku syak dia pun terkejut apasal muka aku macam ayam berak kapur dah siap mata berkaca-kaca sepertinya baru dibuli oleh giant?! (but i'm the giantttt dalam cerita doraemonnn?!!). so so glad that i managed to spend time dengan kydd last time tuuu dengan begitu lama. sapu minyak kat kaki dia, urut-urut kaki dia, borak dengan dia sampai ayah dia gurau dengan nurse kat situ cakap "haaa ini ketua nurse ni". dan time nak balik tu aku salam dia dan cium pipi dia dan akhirnya mintak maaf for everything??? like finally??? well, it's only take me 9 years and a deathbed untuk mintak maaf??!!! iya, kalau sesiapa nampak aku kat mana-mana boleh silakan pukul tanpa belas kasihan - tawaran dibuka sehingga tengah malam 20/7/18 ini sahaja!

waktu aku dapat berita kydd dah takde bangun pagi 1st raya tu aku punya menangis teresak-esak macam kena pukul terus capai talipon call xeera, i think she deserved to be among the firsts to know about this sebab dulukala sebelum aku rapat dengan xeera, xeera pun penah close dengan dia. mula-mula xeera tak angkat phone terus aku text dia dan lepas tu dia call balik lalu berjemaah lah kitorang menangis dalam talipon ditemani bunyi takbir sebelum sembahyang raya. bila aku borak dengan jet lepas tu pasal kydd, jet kata dia tak nangis langsung mungkin sebab dia rasa macam dah tahu kydd tak lama. to be honest, we all know that hard, sad truth tapi entah lah mungkin orang banyak dosa ni sedih dia melampau sikit banding dengan orang takde dosa. ahahaha. aku selalu rasa macam aku bersedia je kalau orang meninggal lagi-lagi kalau jenis yang memang sakit dah lama. macam tokpah, i thought i was ready, i feel like i am ready but bila tokpah meninggal dulu, seminggu aku takleh tido tiap-tiap malam menangis, kalau tertido tengah malam boleh terbangun sambung nangis. dengan kydd takdelah sampai macam tu sekali but i was bailing my eyes out pagi tu, malam sebelum tido pun ternangis sikit.

sebenarnya i wanted to share our photos together dari zaman kat kedah sampai lah yang terbaru yang setakat aku ada, tapi hari tu bila nampak semua gambar kydd dalam ig dah di delete dan even kat facebook pun dah takde, i have a feeling mungkin family dia tak nak ada gambar-gambar dia yang tak menutup aurat still ada kat social media. so i will respect that.

now that she's gone for good i want to ONLY remember our good memories and good things about her. like how never once she said bad things about her friends. like how she's always the more caring one in the bunch. like how can she like lagu jiwang mahligaimu dari airmataku and it's her go to song whenever we karaoke-ing, that appearance and that songggg, doesn't add up to me! fun fact, i was the first one calling her kydd, that nickname came from me sebab sem 2 kat kedah dedulu dia potong rambut pendek macam jantan. :')

sharing with you guys, kydd's favourite song back then in merbok!


Aisyatul Nazira, April 1990 - June 2018.

semoga tenang di sana, sahabat. you fought a great battle and you didn't lose, you just got to a better place where you didn't have to fight anymore - called home.

i love you, i wish 9 years ago didn't happen and i wasn't so silly. once a best friend, always a best friend. may Allah forgive all of your wrongdoings and grant you with His jannah. may we get to see each other again one day. may Allah show you His mercy and ease your journey to the hereafter.

i love you, Kydd.


Tuesday, June 5, 2018

Baby F


so another close friend of mine is expecting a baby soon. real real soon!

this baby i tell you, gonna be one of my ultimate favourites because:

1) her name starts with F and that will be the only name of hers. bukan lah Fikriah Daniella Chempaka Hanania. hello, me too?
2) she will be born on 8th June 2018 (insyaallah!), just a day after my birthday mbahahaha.
3) her initial will be FA. hmmm macam pernah dengar ya? tapi dia FAA sebab bapaknya Aiman Amir kakaka.

comel ke tidakkk.

it comes off a bit surprising to me sebab bapaknya nama panjang, maknya pun kemain panjang lagiiii tapi last-last diorang nak anak dorang nama pendek je. (i secretly want a one-word name too for my babies. senang nak, mak tak payah tulis nama awak panjang-panjang kat buku sekolah)

dee cakap dia nak anak nama pendek supaya senang carry and selalunya nama pendek macam tu orangnya pandai-pandai bijaksa smart genius intelligent DEE CAKAP.

so bila tau je apa nama anak dee and aiman aku apalagiiiiiiii terus pappp "MAN KAU DIAM-DIAM ADORE AKU EHHH KENAPA ANAK KAU NAMA URUP F DAN LAHIR BULAN 6?!" tak sia-sia beb, persahabatan yang tercipta semenjak sekolah rendah rupanya berakhir dengan anaknya bakal mewarisi kejelitaan jasmaniah dan rohaniah iols. kahkahkah. TAKUTNYA. tak sia-sia jugak time darjah 3 aku curik lukisan aiman time peperiksaan pertengahan tahun, siapa sangka di dalam diam aku juga telah mencuri hati aiman. OKAY INI TAKKKK, GURAU JE. kahkahkah.

anywayyy, dee akan melahirkan baby F secara c-sect sebab tu date dah secure 8hb. kalau tak mana nak tau kannnn. ayuh sama-sama doakan baby F dan ibunya, Nor Diana Syakilla Allizul Fakar selamat segalanya. aminnn. (kan dah cakap nama mak dia panjanggg, tulis nama je time exam dah setengah jam hmm..)


Wednesday, May 23, 2018

You Too


so semalam pagi-pagi telah berlaku kejadian mengaibkan pada diri sendiri.

seperti biasa, aku pantang betul lah kalau orang tegur mengejut ni nanti mesti comeback aku sangat awkward.

stella, one of the AOs kat office aku ternampak aku baru nak masuk dept aku. dia pun tegur dengan sungguh casual sekali.

stella: hey nina, long time no see ya. (okay hari ni nama i Nina)

me: ye lah stella. isn't that a good thing? if you don't see me that means no bad news. don't jinx it!

(apparently i am a bad news bearer. kalau jumpa aku maksudnya sama ada staff nak resign tak pun staff tu bermasalah so apakah penyelesaiannya wahai team hr, pass kan masalah tu kat aku)

stella: yes yes office is a bit calm now, no storm. anyway, selamat berpuasa fasha!

me: you too!

you too.

you too.

YOU TOO. =___=

kyuuu karta huwe janam dushman ki kali yaarrrr!

am i stupid or am i just plain dumb?

LOL.

Thursday, May 17, 2018

Ramadhan


tiba-tiba 2018 dah nak setengah tahun.

tiba-tiba dah masuk bulan puasa.

tau-tau tahun depan dah 30 tahun.

haa kenapa ni masuk topik umur, nangis kang. 

tak tau lah sama ada time management aku yang sucks atau memang sekarang ni masa tidak lagi merangkak dan menunggu kita? takut lah. hari tu cuak takut tak jumpa ramadhan. almaklumlah kadang-kadang keinsafan itu tiba tanpa diundang - kawan aku meninggal dalam usia muda dan masih banyak benda dia nak capai. sedih berlarutan sampai 2-3 hari memikirkan betapa baiknya dia dan betapa dimana-mananya dia bila drive balik rumah from office rasa teringat-ingat eh sini pernah pergi dengan amin, eh situ dulu amin pernah temankan makan lepas check up kat HKL dan eh realitinya amin dah takde.

lebih dambaanku pilu apabila mengenangkan yang ayat terakhir dia adalah nak belanja belikan tart nenas dari cousin dia, katanya sedap. dan ayat terakhir aku adalah janji nak bawak dia makan-makan lepas dia keluar hospital, sebenarnya dia yang ajak. (ayat sebelum tu janji nak datang lawat dia kat hospital). janji tinggal janji beb sampai termenung baring atas katil pandang siling fikir sampai bila nak hidup berjanji dengan orang. 

lepas tu sekarang ni ada seorang lagi kawan baik yang jugak tengah sakit. i told you guys about her before. ini pun satu lagi sejenis kesedihan tak boleh cakap dengan kata-kata. time jumpa tu sebenarnya sedih tapi dah kena warning awal-awal jangan sedih-sedih depan dia nanti dia lagi down. kebetulan, i'm good at masking feelings so tadehal lah. kita borak kita gelak semua. tapi bila balik rumah aku menung lagi baring pandang siling tangan atas dahi. banyak betul salah kita dengan kawan-kawan kita bila time-time camni terus cuak. mula-mula dapat tau dia sakit sikitttt lagi nak tumpah air mata. sebab dapat tau dari orang lain. walaupun aku egois dan suka garang dengan dia, aku call terus dia malam tu - sebenarnya dah tau dia sakit tapi saje buat-buat tak tau dan tanya macam-macam. aku rasa dia tak perasan, tapi time dia cerita kronologi sakit dia tu air mata aku dah mencurah-curah ke ladang gandum - takde pikir lain, cuma pikir pasal betapa tak baiknyaaaa aku sebagai kawan. okay tak boleh cerita lelebih pasal ni. tapi dimudahkan cerita, aku memang banyak benda nak kena improve as a friend. lol.

kejap. sekarang ni kenapa mood mellow dan sangat serius? RAMADHAN ADALAH BULAN YANG MULIA KITA KENA GEMBIRA! bulan ituuuu bulan kitaaaa bulan itu bulan cinta ah haaa haaa tetiba ternyanyi dangdut kau dah kenapa. sebenarnya sekarang tengah happy je tapi tak tau kenapa cerita pasal benda sedih. hakhak.

baiklah reset mood happy semula.

tahukah anda  dah 2 tahun saya puasa penuh? tak tau lah nak bangga ke nak risau dengan kesihatan diri. ahak ahak. tapi dah jumpa doktor dah tahun lepas dia kata jangan risau mungkin cycle i panjang sikit dan ia tetap dikira normal. hmmm. tapi dah 31 hari lewat ni. perlu kah ku lari ke hutan kemudian menyanyi ku, ku lari ke pantai kemudian teriakku? adakah ini kerana amalan surah lazim tabbat yadaaa abi lahab inwatab? hehehe. tahukah anda surah al-lahab adalah surah amalan yang bagus untuk menyekat period dari keluar (untuk tujuan memudahkan perjalanan ke apa ke)? haaa now you know.

dan seperti biasa, i selalu pesan pada teman-teman rapat kalau ada sesuatu kemahuan yang tersangat-sangat nak memang nak sangat lah time bulan puasa ni boleh amik peluang berdoa bersungguh-sungguh time nak bukak puasa, sebelum korang jamah makanan dan togak air seperti tiada hari esok. mintak lah kat Allah time tu. it's tested and proven by yours truly. buat secara istiqamah 30 hari berturut-turut. belum terlambat lagi ni, hari ni baru 1st day puasa. hehehe. kita tau bila-bila masa pun berdoa itu tuhan dengar lepas solat ke lepas terawih ke lepas azan ke semua tu waktu mustajab berdoa, tapi try lah yang ini memandangkan ianya tak datang sepanjang tahun dan sepanjang masa! dengan bersungguh-sungguh tau! jangan lupa selitkan doa semoga i lebih jelita di masa akan datang, dari sudut rohani serta jasmani. tiberw.

selamat berpuasa.

sesungguhnya di bulan puasa ini tak perlu lah kita mengutuk orang yang kononnya cuma tukar gambar pakai tudung time ramadhan je tak pun suka share ayat quran time puasa je. biarlah orang tu nak buat baik time tuuu je, itukan permulaan yang terpuji. who knows nanti-nanti memang betul-betul berubah jadi baik, alim, solehah? instead of perli-perli lebih baik kita doakan. gittew. #donetarbiah

Friday, April 20, 2018

that night when Luffy was in town


urgh, you know you are pressured to write when your friend suddenly shared this in the whatsapp group:


running out of posts to read ke sis? lol. kemain lah caption blog pun nak baca dan komen ek. if you miss me you gotta tell me sis. don't innuendo, i dung understeng indirect language liddis. huahuahuaa.

baiklah. terpaksa lah cerita pasal mereka pula. *mata ke atas*

you remember my last post pasal percutian orang tua? okay sejurus selepas pulang dari negeri sembilan tu i bertungkus lumus selaju mungkin packing for Jogja. biasalah tak sehah (takleh guna nama penuh sobsob - baca disclaimer di belah atas kanan thanks) lah kalau tak last minute bahahaha. kelam kabut sebab i'm staying a night at ira's so that kita boleh gerak ke airport bersama-sama tapi sebelum tu nak jumpa luffy dulu because she's a genius out of 365 days and 52 weeks in a year, she decided to mencemar duli turun kl on the very week i was ahem busy. tapi tu lah, kau ingat kau best ke nak kena tengok schedule kau pula kan. tapi memang best lah kan memandangkan luffy was planning to jumpa on sabtu that week ke ahad but because i won't be there makanya plan ditukar ke jumaat malam. ehem. *kibas bahu versi rapper* gila ke nak lepak takde sehah? korang gila keeee?

macam biasa cruella de vil (baca: luffy) mesti lah nak feeling hashtag #readyforyourfuneral dia makanya dia suruh kitorang color coded pakai warna hitam semuanya. babe, i busy tau i nak cepat i packing pun main sauk je apa yang ada depan mata dan yang terpaling kedepan dalam almari berani dia suruh kita cari baju warna hitam pulak. tapi sebagai kawan yang baik dan menurut perintah, kita ikutkan juga lepas tu geb dan lola selambek pakai baju warna putih ke light grey macam tu wawawawa BIADAB ya.

i kan bijaksana, di kalau hari jumaat malam pulak pergi suggest lepak marakesh sebab cruella de vil nak shisha. terlupa babe nak meredah jalan tun razak tu bakal membawa kepada botak kepala lagi-lagi time balik kerja. tapi i dah cakap dengan diorang awal-awal, kalau sempat i join kalau tidak biar dorang bertiga je lepak. rupanya sempatttt hehehehe. lola gigih dari nilai pergi amik geb kat rumah. cruella de vil suruh adik dia hantarkan dan iols tentu lah drive kancil terhebat masa kini bertemankan luggage bag untuk terus shoot ke rumah ira malam tu jugak.

sesampai sahaja di marakesh, yang lain semua dah lepak dah makan rasanya. dari jauh kita terus insta story sebab dah 4 tahun tak jumpa luffy dan cuba teka apakah reaksi luffy? MALU. shy shy cat, babe. nyaris termeninggal kita melihatnya. dan iyaaa, luffy dah kurus. *mata ke atas* menyampah lahhh sebab dalam kotak pikiran dan memori kita tentu lah luffy yang sama seperti dahulu, tidak lah gemuk tapi tidak juga kurus huahuahuaa namun kini segalanya telah berubah. selain malu dia datang dengan pakej kurus. tak tau lah sebab baju warna hitam ke apa. *mata ke atas sekali lagi*


lega rasanya dah boleh panggil luffy, LUFFY. ingat tak dahulu kala nama dia adalah caylenn lilla tak pun pungguk? tak boleh letak nama sebenar sebab ex boyfriend dia saiko bahahaha. tu lahhh control beria jaga beria pun last last luffy kahwin dengan orang lain huahuahuaa. did i say kahwin just now? OOPS I THINK JUST DID. jenis kahwin tak jemput ni semua orang tau i paling anti sekali boleh membawa kepada tidak bertegur sapa selama 5 tahun tapi sebab it's luffy dan dia pun duduk kuching, kita tak marah lah. kita tenang je. lagi pun kalau nak sambung marah pun tinggal setahun je lagi. dah 4 tahun (kot?) dia kahwin. tak berbaloi makanya kita bagi pengampunan sultan kat dia, diskaun setahun.

anyway time lepak tu bukak lah cerita pasal 18sx. okay selalunya cerita macam ni off record sebab mengaibkan iols tetapi kat belog kita tak off record lahhh memandangkan yang baca belog kita balik-balik geb je kakakaka. tak geb, ira. tak ira, geb. lari berganti-ganti diorang. lepas tu selit sikit lah kadang-kadang kena perli dengan fah, maksudnya fah masih baca belog ni ahahaha. jadi lah 3 orang pembaca setia. makanya kita bukak cerita ni di sini.

pada suatu hari yang hening rasanya tahun lepas, i was trying on a dress kot ditemani oleh geb. tak tau lah setan mana merasuk dalam jiwa dia tapi dia temankan sampai dalam changing room tau. lepas dah try try tu tanya lah dia ok ke tidak sambil posing manja dalam changing room. pastu geb dengan innocentnya memicit-micit perut i sambil mengutuk kata buncit ke berisi macam tu lah. the problem is, itu bukan perut i. itu bawah perut i IF YOU KNOW WHAT I MEAN. i terkesima babe. kenapa dia pegang situ. dia pun macam takde perasaan dan begitu yakin menodai i. dan akhirnya i bersuara "kau pegang tempat lain tuuuu" lalu terperanjat lah geb si pencabul kehormatan i itu. gila ya perempuan tu adakah dia ingat perut i sama level dengan aras perut dia?!

so itu lah dia cerita yang dikongsikan bersama dengan cruella de vil. terlalu sukacita riang jiwa raganya gelak sampai muka merah terbatuk batuk dan hampir asthma. sempat lagi membidas "YANG KAU BIARKAN KENAPAAA?!" helloooo, i ni terpesona istana kaca terkesima kata mulia tau! belum pernah ada yang coba coba! lola macam biasalah selalunya sengih tak berapa nak impress. mungkin dalam hatinya berbisik keiblisan 'elehhh aku punya lagi buncit!' tiberwww ahahahaha.


baru terperasan ekkk dorang ni tiga-tiga pakai spek, wanita terpelajar bijaksana persis profesor klon. patut lah i sorang je yang tak abis study rupanya tak cukup pandai. pastu tengok lah luffy tuuuu kenapa dia kurus. dulu dia takde lah macam tu tauuu. dulu lengan dia ala-ala pemain lontar cakera jugak tuuu saing-saing i. apa dah jadi? apakah rahsianya? lepas kahwin selalu pumping ke? ahahaha.

lepak pun tak lama sebab i rushing nak ke rumah ira tapi sebelum tu sempat tolong hantarkan cruella de vil ke seri kembangan. dalam kereta dia gelak lagi bila tersentuh topik perut bukan perut itu. hmmm. manakala lola yang dari nilai tu tolong hantarkan geb pulang ke rumah.

anywayyy, sekiranya anda tertanya-tanya siapakah cruella de vil. ini lah dia. sesuai dengan imej #readyforyourfuneral dia.


siapa kata macam i, i bantai ya. awassss! macam luffy tuuu sebab kuat shisha.



nampak tuuuu curut tak lepas.

Friday, March 23, 2018

Percutian Orang Tua


seperti yang dijanjikan, terima lah kisah percutian orang tua dari saya dan kawan-kawan sepishang saya. mengapakah percutian ini dinamakan percutian orang tua? sebab kita chill chill je langsung tak buat apa cuma memandang muka sesama sendiri berehat tidur makan dan mandi lepak-lepak bersama. biasalah dah menginjak usia akhir 20-an ni nak berkumpul bagi semua orang ada pun amik effort yang bukan sikit. kudos tu coqi yang berjaya mengumpulkan kami walaupun (masih) tak semua ada. hehe.

venue: laman tamara, kuala pilah
date:  30/1/18 - 1/2/18
ahli bersekutu: ajja, dee, aiman, coqi, capiq, capiqah, baim, kamal, naf, ariana, ajo and yours truly.
yang gagal hadir: ikhwan, anep, fara, maryam, nazrin, wife nazrin (lupa namaaaa cetan ke i?) dan aisyah.

tahukah anda sebenarnya ahli nukleus pishang cuma lah yang lelaki ditambah separa lelaki i dan ajja? tetapi kini kami telah berkembang makmur beranak pinak sampai terlupa nama wife nazrin??? ahak ahak. kejap nanti i cuba ingatkan. 

okay pada hari yang dijanjikan tu, semua orang berkumpul rumah aiman bekpes nasi lemak dan karipap sardin mak ajja buat sedap sangat ekkkk sampai terorder untuk diri sendiri 20 bijik. hakhak. gerak ke kuala pilah pukul 10 kalau tak silap, pergi 3 kereta. tetapi kereta yang paling havoc mesti lah kereta yang ada iols sebab kereta kita ada 2 mic untuk feeling buat konsert dalam kereta. (tak reti lahhh nak embed video dalam ni, kalau tak sudah tentu kita akan share - dari lagu lady gaga ke backstreet boys ke anuar zain apadahal we're versatile like that) sempat singgah makan kat restoran warisan yang sudah suam-suam kuku pada i, dan sempat jugak aiman layankan i nak minum noneh kocak sebab kalau tak dapat nanti asyik berzikir jeeee kat dalam kereta makanya mereka layankan aje la haaa. 

sampai je laman tamara, we were greeted by Agus penjaga rumah. maaagadddd rupanya i terlalu suka rumah tu sebab rumah kampung yang feeling-feeling jalan ada bunyik papan tu ahahaha. lepas tu dia lengkap complete ada swimming pool, bilik ada 6 semua berair-cond, ada meja carom, ada buku-buku, ada tempat bbq, ada basikal, ada hammock, ada buaian, ada kitchen siap bumbu perencah untuk masak, ada tv, ada wifi. memang 3 hari tak keluar rumah beb.



okay maybe kawasan luar didn't appeal to you just yet, but look at the interior, sis.









haaa begitu lah rupanya rumah ni, menjerit kegirangan dalam hati sebab bilik i siap ada kelambu tauuu rasa macam princess tidur dalam kelambu lepas tu bila bangun tengah malam sebab sejuk terus rasa seram geng sebilik takde, rupanya tidur golek depan tv ramai-ramai. mmmkay.


ini lah ruang tamu yang diperkatakan itu. siap ada sofa dan beanbag budak-budak ni bawak ps4 pulak tuuuu makanya lepas mancing dorang layan fifa lepas tu dorang mancing balik pastu dorang makan pastu dorang main uno pastu main kad pastu dorang swim pastu dorang mancing balikkk. sakit tak hati kauuu? ahahaha.



swimming pool dia takde lah besar sangat tapi okayyy lah yang penting air dia bersih tau. agaknya bila ada guest nak masuk dia cuci and isi air baruuu. takde lumut dan tentu sekali airnya tidak menggatalkan. hihi. anywayyy, kalau korang masuk pool korang kencing dalam tu tak? ke korang kencing siap-siap baru masuk pool dan kalau nanti nak terkencing, keluar pulak? because i'm the latter. aku kencing kat bilik air dulu baru masuk pool. gigihhh jadi bila dapat tau orang kencing dalam pool rasa nak nangis ek. huahuahuaa.


kolam kat belakang tu ada lah tempat di mana budak-budak lelaki menghabiskan separuh usia mereka dengan memancing namun seekor ikan bilis pun diorang tak dapat. ahak ahak. i don't get it, really. dapat apa ek memancing? i mean okay, dapat ikan tapi boringnyaaaaaaaaa. duduk termenung menunggu i kenottt. nanti i restless. kalau nak menung, i memilih untuk menung atas katil dan kemudian terlelap sampai keesokkan harinya. gittew.

malam 1st tu kitorang buat bbq. ada ayam, daging, lamb. dan kuahnya pula ayah i sediakan dan kita bawak je dari rumah, jimat masa dan tenaga. ada nasi goreng jua tapi takde gambar.


dah rotate tak tau kenapa tak terpusinggggg. =___="
lepas tu 2nd night pula budak-budak ni bijak sangat cakap nak yang perempuan masak each dish. ajja, ayam berlada. aku, tomyam. babeeeeeee i penah lah masak tomyam tapi untuk makan sendiri-sendiri je tau. nak masak kat orang ni nebes dia tuhan je tau. kang cirit birit ke apa ke anak orang, mamposss ek.


rupa dia pun menyeramkan ek sebab tetiba oren jeeeeee huahuahuaa. tapi boleh makan lah takde lah teruk nau rasanya. siap esok pagi tu capiqah bangun panaskan dan hirup kuahnya. ahahaha. not bad ay? tapi jangan lah suruh masak lagiii. sebab malam tu konon nak makan maggie tetiba dengan ajja tapi sebab kena buat kan untuk orang terus tak sedap ekkk. terlebih air. terkial-kial nak menghabiskannya. benci lahhhh. i hate responsibility tau.




malam tu tengah baring bermalasan atas katil tetiba dikejutkan dengan ajja solat lilit kepala dengan towel. ahahaha. i tak biasa bebbbb. pestaim tengok sepertinya ada sup bunjut di atas kepala.

all in all, lega rasanya dapat menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebab apparently walaupun masing-masing duduk dekat aje namun susah lah nak bertemu dengan semua orang pada satu masa yang sama. we literally did nothing except makan tido borak dan main. lol. sebab tu lah nama percutian ni percutian orang tua.


dari muka sorang-sorang takde secebis bulu sampai lah dah jadi bapak orang masing-masing. seram kan? lebih seram apabila budak-budak laki start mengeluarkan statement bila pula diorang nak dapat kawan lelaki baru dalam group ni. sebab apparently yang masuk semua perempuan ahahaha. matilanakkk. macam mana kalau laki ajja takleh ngam ngan diorang? bagaimanaaaa?

oh berbicara pasal ngam tak ngam tu sebenarnya aku pernah terpikir tau like how toxic our friendship is. macam how we are so close that if we don't approve the new girl, selalunya nanti memang kawan kitorang tu tak end up dengan perempuan tu kakakaka. serius ni. contohnya adalah aiman. aiman dan dee ni dulu bercinta time umur belasan tahun kat uitm dungun. lepas tu aiman curang dan ada gf lain, ada lah few girls in between. tapi semuaaaa kitorang macam nyenyenye. sebab kitorang suka dee jugak. jenis kalau raya ke bukak puasa ke event apa-apa lah, tetap heret dee jugak sampai the current gf bengang dan bergaduh dan putus (mungkin ada jua sebab lain, but come on anggap jela sebab tu antara yang terutama ahak ahak). akhirnya sampai satu tahap, aiman yang pendiam dan tak banyak cakap tu selambek sound "aku ni bawak lah siapa pun, dee jugak yang korang suka kannn." LOLOLOL. selamat dah dorang kahwin tahun lepas and dee skang tengah tunggu masa je nak pop. hehehehe.

berikutan dengan hal itu, nampak gayanya yang lain menggunakan jalan selamat dengan sorok awek sehingga pasti. kongajo ek. tapi diorang lah yang lagi close kot. aku ni sleeping partner je (lol sounds so wrong). like kalau ada, ada lah. kalau takde pun takpe. gittew. tapi selalunya aku akan ada time dorang buat makan-makan lah yang pastinya. ahak ahak.



ayang angat semua orang tuuuuu walaupun terencat masing-masing.


Monday, March 19, 2018

Nikmat Yang Dipersiakan


so sekarang ni i tengah menaip dalam keadaan mata terbuka, kering dan pedih kerana semalaman tidak tidur. ahhhh tidur. tidur adalah nikmat yang sering dipersiakan macam contohnya malam tadi boleh tidur tapi tidak tidur sekarang ni tengah bekerja rasa nak sauk bantal je letak belakang kepala.

teka lah teka lahhhh kenapa tidak tidur semalaman.

ya betullll, tidak tidur kerana terlalu asyik melayan drama melayu. kakakakaka. drama melayu dengan iols macam tak berapa ngam ek sebelum ni namun tak tau lah angin kus kus apa datang menghinggap kini obsess pula. seram dengan diri sendiri tapi tidak lah i ingin hidup di dalam denial konon paling cool cuma layan GOT walhal sebenarnya senyap-senyap gushing over aliff satar, misalnya. aliff satar tu cuma contoh random. kita semua tau i suka shukri yahaya. tiberwww nak jugak tuuu selit. hakhak.

seperti yang pernah diceritakan sebelum ini, rupanya walaupun i suka shukri yahaya belum masuk lagi mood untuk layan cerita andai itu takdirnya. i tengok 1-2 episode je lepas tu boring. lepas tu terpengaruh nak tengok cerita lafazkan kalimah cintamu sebab farid kamil babe hahdlahfdakjd tapi hampa belaka. jumaat dan sabtu i gigih marathon sampai episode 20 tapi masih tak suka! eiiii tak suka lepas tu buang masa dan buang mobile data i benciiiii. i suka farid kamil dan nelydia senrose paham takkkkk tapi dalam tu farid kamil burukkkk rambut blonde dan muka togel apa kejadahnya semua iniiiii lepas tu nelydia dalam tu asyik pakai rambut palsu bodoh dan mekap tebal siap pakej tahi lalat azean irdawaty why are you like this bijjjjj don't disappoint meeeee ailaikyuuuu! penat nak tunggu tang mana i boleh akan suka cerita tu, sampai episode 20 akhirnya i give up. dah lah kat youtube dari sebesar-besar alam boleh bukak tu cenonet je yang boleh diview sebab copyright issue siap pakej suara di turunkan 1 pitch membuatkan tetiba suara nelydia menjadi suara sajat. cibs. macam mana nak feeling.

tapi i tak berputus asa babe. pantang mengalah sebelum berjuang. tiberw. i geram sangat ekkk cerita terus kat cousin i tya kenapa cerita itu terlalu bodoh dan dia juga bersetuju. lalu dia mengesyorkan i tengok cite kekasih paksa rela. yes, tajuk je rasa nak tampar kambing biri-biri di sepanjang perjalanan pulang ke kedah. tapi sebab remy ishak, kita gagahkan jua. i yakin sikit lah dengan pengesyoran (oh my bm!) tya sebab kitorang ni mostly taste lebih kurang je semua benda. makanya semalam tepat pukul 12 i start layan kekasih paksa rela pula.

memula rasa nak muntah hijau ek geli sangattttt sebab kenapa heroin dia budak sekolah stpm memang sekeping stok body budak sekolah muka budak sekolah kecik seperti budak sekolah malahan i darjah 3 pun berkemungkinan besar tidak sekecil itu dan dipadankan dengan remy ishak yang tinggi tegap tu tak ke kita gelimart mart marttt martttt?! marah betul lahhh dengan konsep cerita ni. tak ke geli budak sekolah bercinta dengan orang tua? i nyaris pitam bangun pitam dan bangun nak tampar pembuat cerita ni. tapi i tahankan perasaan i ni dan tengok. i suka watak remy ishak dalam ni sebab dia lelaki yang dingin ahahahaha ala-ala sombong tak jiwang tak poyo. paham kan bila cerita melayu start jiwang dia akan menggunakan perkataan abang takkan sia-siakan sayang abang tak boleh hidup tanpa sayang jangan tinggalkan abang JANGAN PERNAH JIWANG MACAM NI I SERAM TAUUUU APA KEJADAHNYA ASAL KAHWIN JE KENA PANGGIL LAKI ABANG BENCI LAHHH!

i berjaya tengok 10 episod sekaligus dalam semalaman. i stop pun sebab dah pukul 7 pagi so kena siap pergi kerja kakakaka.

sekarang menyesal ek tak tidur sebab balik kerja kang nak tengok wayang pulak takut tup tup tertidur dalam panggung dan dicekik sehingga meninggal oleh geb sebab tengok wayang company geb belanja babe huahuahuaa tak sia-sia kita berbaik dengan orang dan company orang lain sebab company geb bagi tiket wayang tetiba i pun menjadi manusia bertuah dapat ticket free??? keliru rasanya nak sayang dia lebih ke tak sebab takut orang kata kitorang serai tiap-tiap weekend berjumpa demi segenggam honey coffee cube bahahaha.

i betul-betul perlukan tidur sekarang ni. kalau tak makin banyak membebel dengan mata terkebil-kebil. hmmm.