Wednesday, August 16, 2017

#1 Things People Ask Me About


kalau dulu time buat recruitment, soalan favourite orang suka tanya i adalah:

"bila staff baru nak masuk?"

sekarang bila duduk dalam payroll, soalan terpaling favourite kesukaan kaum kerabat seantero office adalah:

"bila gaji nak masuk?"

padahal kerja dah 20 tahun.

padahal memang every month you tahu gaji jatuh berapa haribulan kecuali public holidays tak pun weekends.

tapi saje lah tu nak tanya.

adakah dengan harapan bila you tanya tetiba gaji akan berdebuk jatuh keesokkan harinya atas lap you?


Friday, July 28, 2017

MRT


guys, i sekarang dah naik MRT pergi dan balik kerja guys! jakun, sebab dari start kerja 5 tahun lalu sampai sekarang medium pengangkutan seharian i berkerja adalah sama ada drive sendiri, orang hantar kan tak pun berjalan kaki. i seldom take public transport semenjak dari sekolah sebab takut, i kan clumsy guys, jatuh dalam bus tertarik case putih kat head rest bus sekolah, jatuh dalam bus yang menyebabkan 2 orang di belakang jatuh juga, terlompat keluar bus sebelum bus berhenti malahan pernah sekali tu turun bus jatuh terduduk bersila atas jalan raya. i am THAT girl yang kalau korang tengok drama melayu macam betul keeee ada perempuan seclumsy ini dalam hidup, takkan lah kan babe takkan lahhh. drama ni suka buat cerita over kemain mana lah wujud orang yang mengesiankan sebegini kannn. tapi ada, i am the living proof. LOL.

okay cite balik pasal MRT. the first phase yang from sg buloh to semantan dah bukak last year, 16 Dec 2016. kenapa i ingat? kerana time tu i baru start kerja kat tempat baru dan i rasakan ehhh lambatnya nak bukak yang kat rumah i punya. tapi rupanya 7 bulan begitu cepat berlalu, tetiba last 2 weeks MRT second phase opened its doors to public jyeahhh. tentu lah i yang paling happy sebab dahulu kala i berangan teringin nak pergi kerja commute pakai baju kerja siap cecantik buat hal sendiri dalam train fefeeling pakai earphone sambil baca novel. nampak so poise so berkerjaya so sophisticated. BABE, BANYAK SANGAT BERANGAN BABE. bawak-bawak lah mengucap spray muka dengan air bacaan yasin.

first day MRT bukak to public tu i dah teruja tau. i bawak bekal apples (tauuu tak boleh makan dalam train, no worries) saje je lah bawak nak nampak bekerjaya dan poise kannn, bawak handbag, bawak earphone siap sedia dalam bag sebab heyyy nak dengar lagu tauuu dalam train. novel tak bawak babe sebab hari pertama i nervous takut terlepas station. i kena aware dengan keadaan sekeliling! pagi tu semangattt suruh mak i hantarkan kat cochrane station, it's just 5 mins away from home kalau naik kereta (even lesser than that tapi depan rumah i ada trepiklait mytown yang menyakitkan hati dia 4 penjuru pastu sampai turn i dalam 3 kereta je dia merah balik. kau dah kenapaaaaa. i mintak tolong toh puan sri hantarkan sebab i tak tau kat mana nak masuk station tu sebab dia separa siap kawasan sekeliling semua tengah under construction huahuahuaa.

sampai je station tu i nampak macam tak berapa meyakinkan nak masuk, so toh puan sri suruh tanya orang tengah nak lintas jalan kat mana jalan masuk station. guys, rupanya hari pertama tu MRT bukak pukul 4 petang guysss! ya aulohhh paham tak perasaan semangat yang hilang dan telah dihampakan last-last i hantar mak i balik rumah i pecut pergi kerja bawak kereta. kahkahkah. padan muka siapa suruh tak tengok berita ek. mana lah i tau kannn. selalunya kalau kita bercakap pasal pembukaan tempat baru ke amenities baru ke mesti lah pagi kan. ada tetiba orang kecoh-kecoh kita akan bukak shopping mall to public ya, tetapi kita akan bukak pukul 4 petang hari ahad dik. kita tak bukak awal pagi seperti kebiasaan mall-mall di malaysia mula operasi. adaaaaa? hampa i dan apples i, babe.

the first time i naik MRT tu tak tau lah nak kata macam mana teruja dia, ibarat beruk mendapat bunga atau mungkin lebih teruk lagi keterujaannya. macam omg sooo cantik sooo sejuk eh eh cepat ek train sampai every 4 mins i terujaaaaaa! namun tetap berjaga-jaga sebab kalau ikutkan luck i dengan public transport, nampak macam bakal terlepas station tak pun tersalah naik train instead of menghala ke sg buloh i pergi patah belakang menghala ke kajang. itu perkara yang tak mustahil berlaku pada seorang Fasheeha. jaga-jaga.

the first day dan hari-hari seterusnya berlalu dengan smooth. 18 mins from cochrane to pusat bandar damansara i'm shookethhhh! i boleh sampai rumah before 6.30 pm izinkan i menangis kegembiraan! cuma i ni kurang happy dengan escalator kat cochrane station babe, sebab dia laju nau nau. i ada sedikit sifat penakut naik escalator semenjak kanak-kanak. jenis kalau sebelum nak naik escalator tu i pandang dulu barang 10-20 saat baru i pijak kaki atas tu. hakhak. so i suka biar kawan-kawan naik escalator dulu taku diorang perasan tetapi rupanya kawan i anep perasan benda tu dan dia akan pandang belakang nak tengok. T___T i ingatkan perasaaan i je yang escalator cochrane tu laju lain macam rupanya memang bila i baca (hahahaha #thingsigoogle) sebenarnya memang escalator dia laju dari biasa demi mengikut keperluan warga kota yang sentiasa mengejar waktu (lebih kurang lah website tu cakap).

i perasan i suka either coach depan sekali tak pun belakang sekali sebab it's less cramped, i dapat tengok pemandangan di depan atau pun belakang dan yang penting sekali sebab selalunya akan dapat tempat duduk huahuahuaa. bukan malas berdiri guys, tapi i cuba minimalize kan kejadian yang tak diingini seperti terjatuh pabila mrt break. paham eh. 

baiklah walaupun i cakap first day dan hari-hari seterusnya berlalu dengan smooth, langit tak selalunya cerah babe. last 2 days ketika mahu pulang dari kerja suatu perkara mengaibkan telah berlaku. seperti biasa bila masuk train je i akan scan sekeliling untuk tengok ada tak vacant seat. kalau ada i scan pulak ada tak orang-orang tua, kanak-kanak, wanita mengandung mahupun orang kelainan upaya yang lebih memerlukan seat tersebut. jika tiada dengan hati yang girang i akan slow-slow bergerak ke seat tersebut. dan selalunya i suka tunggu bila train dah bergerak baru i pun turut gerak kerana nak make sure memang takde siapa nak seat tu.

nak dijadikan cerita, hari malang itu kaki i tengah sakit babe so i seboleh mungkin memang nak cari seat tanpa membelakangkan orang yang lebih memerlukan seat kosong, obviously. sekali ada 1 seat berwarna biru (memang semua seat warna biru dalam mrt) memancar-mancar bersinar ceria keluar bintang imaginasi memanggil i untuk duduk. 1 seat jeee. kat bahagian tengah sikit, di apit dua wanita yang sorangnya tengah memejamkan mata manakala sorang lagi tengah khusyuk dengar lagu sambil main phone. kebiasaannya i akan tunggu train gerak dulu baru i turut bergerak tapi hati i dah tak sabar. i perlu dapatkan seat tu sepertimana seat tu kelihatan begitu memerlukan i. i terus gerak untuk melabuhkan punggung dan tetiba train gerak babe lalu papppppp i terduduk atas orang sebelah.

i terperanjat.
dia pun terperanjat.

bersungguh-sungguh i mintak maap dan betulkan semula duduk punggung i di tempat yang sepatutnya.

nasib baik perempuan.
nasib baik dia tak marah.
nasib baik size peha dia ala-ala peha i je.

i rasa berdosa sangat tapi i takleh tahan terhenjut-henjut bahu gelak.
i tak berani nak pandang sekeliling so i gelak dalam hati sambil main phone babe.

sepbek kakak tu tak terus tukar tempat ke, tak pun terus keluar next station ke.
kalau dia buat gitu i terjun train babe.

T_____T

benci ek.




Sunday, June 18, 2017

Of Being Unhappy at Workplace


there is nothing breaks me more than knowing the closest people in my life is having a hard time be it about family, work or everyday life. i tell them that they can always talk to me about this and i hope they never feel like they have no one to share their problems with. i am here. well, not always available all the time, perhaps a tad bit late replying your text but i'm here. hekhek. :P

so a couple of weeks ago a dear friend of mine tetiba cakap "ci, aku rasa sekarang ni aku dah jadi macam kau time kau kerja kat tempat lama dulu.."

i shared with you about that not too long ago tapi sekarang i dah archive that post but basically it's all about being unhappy at workplace that i think it almost led me to a minor depression (cried my heart out in the toilet, balik rumah menangis lagi, sebelum tidur menangis, bangun tidur nak pergi kerja rasa seram sejuk nak menangis). but i got over it, lol! alhamdulillah. so when a friend came to you sharing her stories, you can relate. unlike all those relationship problems yang i have had to listen to in the past (bahahaha), this one i can relate to the core. it feels so close to my heart.

mannn, life ain't easy BUT it ain't that hard too. perhaps, at this rate you feel like there is no moving forward macam tak nampak jalan kat depan macam semua blur tapi percaya lah tiada penyakit yang takde ubat kecuali mati (kenapa cakap pasal mati sekarang ini, tidak membantu!), takde masalah yang tiada jalan penyelesaiannya.

okay. ini cara aku overcome my problem - may work with you guys, may not. tapi cuba lah.

1) identify the problem. (bunyi macam nak tulis motivational book, but this is the crucial steppp!)

you hate your job? you hate the people you work with? you rasa takde career progression? benefit kat tempat kerja ciput but management asks for stars and gold from you? gaji tak naik-naik walaupun 16 tahun kerja?

2) can you do something or change the way you feel about it?

benci kerja sekarang? rasa-rasa kalau berhenti 24 jam boleh dapat kerja baru in the next 24 hours tak? menyampah tengok muka boss, agak-agak boleh suruh boss tu resign tak pun kita request transfer department lain tak? being stagnant rasa macam tak belajar benda baru? ada kita voice out pasal benda ni kat councilor/manager/superior kita tak?

3) apart from that one major problem that bugs you sooo much at work, what are other things that make you still stay/want to stay?

is it internal? contohnya - kawan-kawan kerja semua best tapi tu lahhhhh boss pulak yang tak best! benefits memang kaw-kaw bonus 16 bulan tapi tu lahhh aku rasa macam bodoh bengap je hari-hari buat benda yang sama otak aku tak berkembang. or it is external? contohnya - kalau aku berhenti ni anak bini aku siapa pulak nak bagi makan, mak bapak kat kampung tu siapa pulak nak hulur duit.

baiklah, aku bagi 3 je dulu. sila fikirkan dalam-dalam. sebab kita ni selalunyaaa lah selalunya lebih kepada emosi time tu. time tu baru keluar bilik meeting kena bambu teruk terussss rasa benci segala-galanya tentang kerja kita terus prepare surat nak resign. time tu jelaaa. sebab tu berapa banyak orang yang dah tender tetiba retract. sebab apa? sebab sebenarnya benda boleh settle tapi kita gelojoh ikut emosi.  bila dah tenang sikit terus kita macam eh eh boleh tak kalau tak jadi nak berhenti. tampar kang. eh, tetiba ter"rant" pasal kerja sekarang. huahuahuaa.

okay, aku bagi contoh aku dedulu ikut yang atas ni eh.

1) problem aku, aku benci boss aku. takde sugarcoat eh. memang benci. itu major problem aku kat office. tengok muka pun tak boleh. bercakap pun bila betul-betul perlu dan kalau boleh memang tak nak bercakap langsung. kalau dia cakap dengan aku, aku tak pandang muka dia. selain dari major problem yang itu, aku ada problem yang lainnya jua seperti gaji naik 50 ringgit setahun dan bonus 0.3, benefit aku medical 350 setahun dental 150 setahun specialist 200 setahun - ini salah satu benefit lah aku tak guna sangat pun tapi specialist 200 ahahahaha mari gelak secara berjemaah.

2) aku tak boleh nak positif pasal boss aku sebab setiap kali aku pujuk hati, dia akan buat benda bodoh yang buat aku naik angin lagi dan lagi. boleh ke aku mintak transfer department lain? boleh tapi aku suka kerja aku, aku suka HR, aku suka buat recruitment.

3) aku takde internal factor yang buat aku nak stay, okay lah aku ada kawan rapat Aniss kat situ, kakak-kakak opis semua baik, i have a lot of people i work with yang aku start rasa sayang because they're so good to me. tapi tu tak cukup untuk buat aku rasa sayang nak tinggalkan company tu. ianya lebih kepada rasa takut untuk berhadapan dengan uncertainty that future holds, what if tempat baru nanti boss bodoh juga? what if tempat baru benefit lagi ciput (very unlikely, how low can you go from that 200 specialist lololol)? what ifs ini lah sebenarnya pembunuh dalam senyap. ingat rokok je ke silent killer dalam dunia ni? heh. dan aku fikir pasal mak ayah aku. kalau aku berhenti dalam keadaan aku stress dan tak happy, diorang lagiiii tak happy.

okay bila dah dapat jawab 3 soalan di atas tu. baru kita set pulak course of plan kita. macam aku, apa tunggu lagiiii dek oiii, CABUT. cari kerja lain. kalau ikutkan hati memang nak terus berhenti 24 jam takpe lah nanti cari kerja takpe lah rezeki ada dimana-mana. IKUT HATI, MATI. ingat tu. tuhan bagi kita hati, dannn dia bagi kita akal. guna dua-dua. rezeki memang ada dimana-mana tapi rezeki pun tak datang bergolek pada si gelojoh. paham ek.

selain daripada usaha kita kena buat apa kawan-kawan? yes, berdoa. usaha ni kena seiring dengan doa dan lepas tu baru kita tawakal. kalau kita tawakal je tanpa usaha, kita bodoh. kalau kita usaha dan kemudian tawakal sahaja, kita rugi sebab tak guna senjata paling powerful dalam dunia iaitu doa.

1) baca surah al-insyirah banyak-banyak

Allah dah janji dan Dia tekan kan dalam surah tu 2 kali yang bahawasanya di setiap kesulitan, pasti ada kemudahan. bagus untuk hati yang gundah gulana, rasa macam tak nampak jalan kat depan rasa macam takde daya dah lah nak buat apa memang buntu abis, aku syorkan baca surah ni. proven!

2) amalkan surah al-waqiah

ini untuk kaya-raya, untuk dipercukupkan keperluan dan dipermurahkan rezeki. proven! bukan lah proven tu maksudnya i dah kaya raya guys, awassss ek. tapi memang rasa macam murah rezeki. alhamdulillah.

doa lah banyak-banyak semoga ada jalan keluar untuk segala masalah kita. insyaAllah.

ini untuk pujuk hati kita, kalau rasa-rasa macam sedihhhh sangat tak tau nak buat apa.

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"

Allah tidak membebani seseorang lebih dari kemampuannya.

all is well. :)

Saturday, June 3, 2017

Toh Puan Sri #1


i know i haven't written about my mom for so long. guys, nothing new here. my mom still slays, still rocks, still that savage mother whom i love so dearly - gaduh selalu, tapi sayang always.

so last thursday, my dear best friend texted me about her Mak's passing. i couldn't be more sad but i suck at expressing it. plus, i've been there, remember Tokpah you guys? i wrote about Mak some time before, about how i loveee her and how warm she is towards me when i went to JB for xeera's solemnization. she is no longer here but we all know she is at a better place, in God's embrace. innalillah and may Allah bless her kind soul.

i had a good thought about all this, about how we are all living in this temporary world and soon we are going to leave and that reminds me of my parents, my loved ones. i gotta appreciate them more and more! so i guess i'm gonna write about my mom, more. lol if you are friends with me on facebook, i talk about her all the time kat sini je yang dah kurang. :)

anyway, i have my baju raya sorted this year. like finally! for the past 3 years i haven't bought any sebab 1) couldn't care less 2) i have lots tailored bridesmaids baju i can recycle. tapi this year wedding invitation pun macam suam-suam kuku, most prolly because most of best friends are married kan. so i ran out of proper traditional clothes to wear!

macam biasa, whatever i do, whatever i buy - i always tell and share it with toh puan sri. entah, memang habit and sebab she is the most honest person i know! so kalau nak mintak pendapat dengan dia, kena buka hati dan minda seluas-luasnya dan tadah telinga setabahnya.

nak dijadikan cerita, i was just testing my new baju raya and showing it to her. ok fine, sebenarnya nak suruh dia zip kan baju sebab tangan tak sampai *coughs* gemuk *coughs*. sambil tu feeling catwalk depan dia tanya ok ke tak. sambil dia zip kan baju sambil dia bebel.

TPS: tak panas ke baju kau niiii. kain ni panas ni!

me: panas lah mak, tapi takpe lah nak cantik makkk. kena tahan lah.

TPS: eiii kalau aku tak pakai lahhh kain macam ni.

me: ok tak mak? cantik tak? kurus tak? *totally ignoring her words*

TPS: hmmm okay lah. tapi warna dia kureng sikit. takde yang terang-terang ke?

guys, mak i selagi tak oren tak merah menyala tak kuning makanya itu semua dull pada dia. dengan alasan i lebih sesuai memakai warna terang-terang. she's probably the one main reason why i love ORANGE colour and kita semua tahu oren adalah one of the least favourite colours by choice. miahahaha.

TPS: kau kena kuruskan sikit pinggul kau tu. tu lemak semua tu.

TPS lagi: bra kau, tukar. beli baru. tak cantik.

me: tak cantik ke mak? okay je ni elok je.

TPS: TAK CANTIK. NAMPAK MACAM BREASTS KAU ADA SUSU. MACAM DAH KAHWIN.

T_______T


i thought married women have beautiful plump boobs, guys? bukan itu cantik ke? LOLOLOL.

bye.

Sunday, May 28, 2017

Bahadur Petron


aku ada satu perangai jenis kalau dah tahu/suka 1 tempat tu aku pergi situuuu je sampai orang kenal sampai orang ingat.

contoh:

1) gerai buah kak lia
2) gerai ibu dan anak - bekpes nasi lauk sardin
3) kedai kakak tomyam B1
4) japp, kenapa semua kena tempat makan?
4a) cubicle jamban nombor 3 kat opis (ini takde siapa tau, kita-kita aje. tapi jamban peberet kita yang no 3 dari pintu toilet lololol)
5) petron desa pandan

okay hari ni aku share cite pasal petron desa pandan. aku suka pergi situ sebab 2 in 1, ada atm dan terus boleh withdraw duit dan isi minyak untuk seminggu.

biasalah kalau kat stesen minyak ni, attendant dia mostly adalah bangla. dan semua bangla pada aku adalah Bahadur sepertimana semua lelaki mat salleh rupa tipikal rambut blonde putih merah dan tinggi aku panggil Joshua.

dalam banyak-banyak bahadur, aku syak bahadur ni dia memang ingat aku. sebab setiap ahad, petang nak menjelang maghrib tu memang waktu aku isi minyak. dan di setiap kali dia nampak aku selalunya dia akan offer nak tolong cucikan cermin kereta aku. 1) mungkin sebab dah memang kerja dia 2) tak tergamak tengok rupa kereta aku yang macam kan pergi berperang di hutan rimba. 3) kadang-kadang kalau mood aku baik aku hulur lah 5 ringgit.

nak dijadikan cerita, tadi seperti tipikal hari ahad yang biasanya buat seorang Fasheeha, bahadur datang lagi offer cuci cermin kereta. tapi kali ni tetiba dia tegur:

"kak, bla bla bla kereta bla bla."

aku tak dengar, so aku tanya balik apa dia cakap tadi. dan ya aulohhh kalau aku tau aku tak tanya. huahuahuaa.

"kak, you orang besar kirita kicik. tukar lah kirita besar sama you"

=______='

guys guys, bagaimana kalau i nak berpikiran luar dari kotak kebiasaan? bagaimana kalau selama ni pemikiran kita bahasawanya orang besar kena pakai kereta besar untuk nampak lebih sesuai namun i mahu memilih untuk menjadikan diri i kecik dan terus memakai kancil? bagaimanaaaa?

jadikan diri kecik, kelakar bukan i? nak jadikan diri kurus pun sudah 10 tahun lamanya masih belum mampu. kahkahkah.

kenapa orang ingat i mampu pakai kereta besar?

awas eh bahadur buat i terpikir-pikir pasal benda ni sehingga sudah berbuka puasa. kita jumpa lagi ahad depan! awasss.

dengan kereta yang sama, kancil sopak i.

hakhak.

Tuesday, May 23, 2017

Singapore 2017


Mannn, it was all dramas and issues leading up to this trip but thank god we made it! i nak cuba pendekkan cerita but you know i'm not good at short stories and twitter kinda word limit kan? hehe. so brace yourself, it's been too long i haven't told you guys stories like this one, semoga i masih ada that skill. ecewah. skill hapooooo pondan.

okay initial plan - 4 of us best cousins abiky, kain, tya and me. secured flight ticket in february, it's a one day trip because hellooo why not? we're still young and we love challenges, exploring singapore in 12 hours? WHY NOT?! (i take that back and i'll tell you why soon!) kan i cakap prior to our trip, ada drama and all so this is basically what are those.

1) i got blacklisted for PTPTN - i took one when i was studying kat uitm samarahan, it's only for 2 semesters and i didn't pay any single cent from then on, this was of course, foreseen. tak kisah lah 5 ribu je pun kalau you tak bayar you deserve to be blacklisted, and i did attempt to pay few years ago when i just started earning money but half way of trying to get connected to the officer i gave up - they transferred me from one officer to another to the point i start dah annoyed nak mampos dan i lupakan niat i. bahaha. dah pinjam kena pandai bayar guys! i'm not making any excuses here, i know i'm at the wrong side anyway. managed to settle 30% of my loan and rescheduled the remaining, a week before my trip. phew.

2) tya pun perkara yang almost the same jua but she got denied boarding time nak pergi jakarta last february. itu lagi sadissss. kat airport pulak tu. ahahaha. and then even though she has started paying back her loan but still dia rasa macam cuak takut tak lepas. her loan i think was triple than mine perhaps even more so nak settle tunggakan je dah menangis but she managed to do so jugak lah.

3) kain pulak in april she was in japan for her annual family holiday tapi after 3-4 days macam tu terus balik malaysia sebab batuk berdarah and memang tak sihat her husband decided to take the family home risau anything happen kat sana susah kan. balik malaysia, she got warded, treated and all but still macam sihat tak sihat, but she was still in for the trip. 2 days before our trip, tetiba dia batuk berdarah balik and that's when the doctor advised her not to travel anywhere anytime soon. so, last minute kain has to bail.

so bertiga lah kitorang ke singapore bukan nak apa pun, nak ke USS je. last fling before the ring for tya katewwwnyewww. she's getting married in 3 months' time, isn't that surreal my baby cousin is getting marrieddddd very soon but whatever sekarang i nak fokus pada trip ini. haha.

malam sebelum trip tu i tido awal tak tau lah sebab semangat nak ke obesi *mata ke atas* ke atau pun sebab kerja penat sangattt. tertido dengan baju kerja sebenarnya. tapi alhamdulilah terbangun sendiri tanpa alarm pukul 3 pagi. makanya get ready lah iols sebab pukul 4.30 nak gerak ke klia. gedebak gedebuk pukul 6 macam tu sampai klia pergi breakfast kat dome dulu bersuka ria. masuk gate pukul 7.40am tau tapi pukul 7 kitorang masih bersuka ria amik gambar kat airport si abiky sibuk buat insta story padahal kat boarding pass takde tulis gate ni. kitorang pulak biasalah dah kalau berjumpa lupa dunia takde pulak terpikir nak pergi kaunter tanya gate berapa ke apa. kondifennnn as always guys! so masuk international departures ada 3 gate L, P & Q. kitorang selambek jalan terusss sampai hujunggg. time tu dah 7 suku eh. nak sampai ke hujung tu pun azab juaaa jauh nau nau. sampai situ kitorang tengok tv eh eh gate kitorang L4. L ya kawan-kawan. L! aku turun escalator tanya orang imigresen tu kat mana gate L seperti nak terkeluar mata pegawai tu cakap L kat wing sebelah sana dia depangkan tangan dia seluas yang mungkin tunjuk ke arah kitorang memula masuk tu.

tak kelakar guys, tak kelakar. dah 7.25 time tu. abiky dengar je terus jerit chea, tya jom lariiiiii. sumpah tak tipu guys memang jauh namateyyy. abiky lari pecut persis usain bolt i dan tya mengikuti di belakang tapi oleh kerana i obesiti opkos i tak mampu selaju usain bolt malahan watson nyambek pun tak mampu guys. i lari 20 saat i jalan laju seminit dan kemudian lari balik ahahaha. i ingatkan i paling lemah di situ, sekalikkk tya tertinggal kat belakang muka macam dah nak muntah sambil cakap 'sorry tya tak fit korang lari lah dulu' ahahahaha. dah lah langsung takde buggy ride time tu cite dia buruk rupanya kak jah lari macam orang gila i rasa semua orang pandang dengan muka yang tak sanggup. tadi jalan feeling nasha aziz catwalk guys, tapi bila lari tu i dapat rasakan i tiada beza dengan blue hyppo dikejar serigala? mungkin itu lah larian terlaju dan terjauh i pernah buat sepanjang 10 tahun habis sekolah. time sekolah kena paksa ikut lari marathon apa ke nama merentas desa ek? haa itu last tau which was how many fucking years ago. lololol. i rasa motivation i untuk lari tu adalah apabila terpikir heyyy i dah bayar seribu setengah kat ptptn kalau i tak pergi ni sia-sia duit i lebur begitu sahaja kahkahkah. tya muka pasrah kat belakang kalau terlepas flight pun agaknya dia redha. abiky dah hilang dari pandangan di depan. i ingatkan sampai ke L tu terus boleh naik flight guys rupanya beratur panjang untuk bag checking pula. muka abiky dah nak nangis pastu takleh blah i never did this before in my life guys and i wasn't proud at alllllll - kitorang potong queue sambil mintak maaf pada semua orang cakap flight kitorang pukul 7.40. syukur alhamdulillahhh gate L4 je guyssss bayangkan kalau L39 ke? kompom memang tak sempat! by the time kitorang duduk je terus airplane gerak ahahahaha bayangkannnn.

pastuh abiky ada satu perangai kalau naik flight je kompem dia akan order air pastu dia siap offer nak air tak fefeeling minum tenangkan diri. kitorang pun order lah coffee guys, air tak sempat suam tetiba dah sampai ahahaha sumpah tak tipu! i mean, what do you expect kan kata pun singapore je tapi macam ehhh takkan sepantas ini, kitorang peluh pun tak kering lagi dari berlari macam tak cukup tanah tadi. hakhak. so sampaiii je sana, kitorang amik grab terus gerak ke sentosa sebab nak kejar masa kalau boleh tak nak beratur panjang time beli tix nanti. sampai around 9 something kot memang takde queue langsung, cuma nak masuk USS je yang beratur panjang sikit. tix USS skang 76SGD bersamaan 200++MYR. jyeah nangis dalam hati.

most of the times i was just enjoying myself lah kat dalam tu, abiky rajin buat insta story, i couldn't bother much asalkan nanti story dia ada muka aku, aku mintak lah dia save ahahaha. tak kuasa nyahhh. gambar pun tak amik banyak sebab the three of us memang semua naik rides so banyak kena simpan bag dalam locker. but i did take few pictures kat hollywood lah. datang 10 tahun sekali sayang pulak tak amik gambar kan.

me and abiky

haaa begituhhhh dengan kegemukan disertakan keyakinan pakai seluar putih guys! ahahaha. itu nasib baik tergerak hati nak sarung spaghetti strap kat dalam, kalau tak feeling lah crop top perut berombak-ombak sekali lari 14 kali perut bergegar kahkahkah. keyakinan jenis apakah iniiii tolong tampar muka perempuan ni sikit.

yang mana gambar lepas rambut tu maksudnya masih awal-awal lagi. lepas dah pusing main 1 round, kitorang datang amik gambar lagi kat hollywood pastu rambut dah sanggul sebab walaupun hujan sekejap, bahangnya begitu terasa. tazabar nak tungguuuuu genting bukak balik!

oh btw, korang tengok ehhh korang tengok perangai abiky amik gambar tak berapa nak ikhlas dia. korang tengokkk.


dengan senget nya itu takpe itu takpe, pastu kepala mummy dah terpotong oh itu pun takpeee yang penting siap ada penampilan khas abang tajul rahmat bahadur kat belakang berdiri tegak seiringin patung berhala  ahahaha sakit tak hati kauuu.


haaa nampak tak betapa cozy nya macam tak berjalan cuma melepak minum-minum ini baru pukul 11 pagi tapi kitorang dah melantak nasi ayam kononnya isi minyak sebab tadi penat berlari kat airport.

by 3 macam tu kitorang dah habis pusing so terus ke hard rock kat luar sebab nak beli souvenir dan cuba teka apakah yang iols beli cuba lah teka cuba lah tekaaaaa.



yes guys, gongcha. macammmm lah takde gongcha kat malaysia ya? tapi sumpahhh gongcha kat malaysia sedap lagi tauuu bukan i nak feeling semangat kebangsaan sangat tapi kenapa ekkk gongcha klcc 16x lebih sedap dari sini? sini dia punya special foam tu dap lemak krim dappp. sana macam sedeyyyyy.

okay lepas sesi membeli belah, sempat lah i amik gambar kat tempat wajib kalau sampai USS kiranya kalau tak amik gambar kat situ kedatangan kau ke uss tidak diambil kira tauuu. invalid.


ekskiyus mi pakcik, can you please move aside? penat tau i pusing-pusing tunggu giliran sebab tak nak ada pengganggu di gambar i. selfishhhh at its best lol. pastu sakit tak hati kau bini dia terhegeh-hegeh tak reti guna kamera hellooo kalau tak reti pergi buat tutorial hujung sana jangan kacau i nak amik gambar! tiberwww marah. hahaha.

and when fasheeha wants something, fasheeha gets it.

kuangkuangkuanggg
tiada gambar melompat sebab tak mampu nak lompatttt :(((

dah amik gambar tu kitorang masuk balik untuk meneruskan sesi bergambar dan main lagi few rides before balik.


haaaa kemainnn posing dengan jendul sejemput lepas tu siap ada walk of shame sebab kat depan tu ada orang tunggu nak amik gambar jugak.

bye bitch try again next time LOL

i tak reti amik gambar fefeeling cantik pandang tepi ke apa pastu nak amik gambar cecantikkk posing maut oso i fail chu olzzzz. makanya kembali lah kepada posing silang kaki yang dibenci oleh kawan sejagat sebab katanya balik-balik silang kaki dia tak tau ke silang kaki itu untuk efek kurus. efekkkkk. walaupunnnnn.


sempat grab bang chaplin je sebab kebetulan dia baru keluar time tu. yang lain malas nak tunggu  beratur panjang.



dah. 2 gambar ni je yang kitorang bertiga proper yang lain semua either selfie tak pun video abiky amikkk untuk insta story diaaa.

by 7 kitorang terus gerak balik airport. yes, memang pergi singapore untuk uss semata-mata sebab kitorang perasan masing-masing muda belia padahal balik tu sakit kaki-kakiku. huahuahuaa. pastu takut nanti berlari kat changi pulakkk tak memasal. and guess what? flight delay. sepatutnya pukul 9 lebih boarding tapi jadi 10 lebih.

lalu bersuka ria lah kitorang makan-makan dan lepak dulu pusing-pusing urut kaki. pastu ayam penyet kat singapore tak sedap guys? helloooo, apa niii. sambal penyet ke cili tumbuk je nihhh. haa gittew. terus homesick tau rindukan malaysia kahkakah. dah lah, i malas nak cerita dah sebenarnya.

yang pentinggg, ada hikmahnya kain tak ikut sebab kalau dia ikut dengan keadaan kitorang berlari ke sana ke mari tu ada jugak yang tercabut paru-paru dia kang. hakhak.

sampai je klia rasa macam aaaaa tanah tumpahnya darahku dimana terletaknya makanan yang super sedap dan tertinggalnya hati nurani ecewahhh.

dasar tak boleh pergi memana duduk lah cuti-cuti kat malaysia je fasheeha sebab jiwa i kampungggg. lebih rasa kampung pabila i tak tau yang singapore pun celebrate wesak??? 


Sunday, May 21, 2017

Jeffree Star


can't believe i just discovered herrrrr (or him, whatevs) on youtube! here is my confession, i have watched over hundreds of make up tutorials online sebab hellooo, who doesn't like seeing pretty girls who look put together?! tetapi over time, i realize yang i tak suka tengok malay youtubers punya make up video sebab they just have a lot to ramble dan by the time nak sampai part diorang nak mekap, i dah bosan dan pilih next video. atau, tertidur (i just don't have patience for that) dan most of their videos are cringeworthy. 

okay back to jefree star. selama ni i was just skipping her videos sebab erk too much pink nobody ain't got time for that! dan, i hate tattoos and she has tattoos covered her entire body, literally. i terganggu guys. i tak boleh. tetapi last few days i macam tertengok 1 video dia dan i got to admit, few tutorials and hours later, i'm hooked! sebab dia kelakar! i love me some good pondan vibe once in a while.

makanya, sini i share antara favourite line dia yang juga telah menjadi favourite line i. dan of course, you gotta watch her videos to be able to imagine how she utters the line tapi basically korang boleh bayangkan lah kalau pondan, of course with ATTITUDE! love.

on blending:

1) let's bounce
2) let's give it a whirlll
3) blend it like you're gonna have a carpal tunnel the next day

kalau dia happy dengan some of the products dia try on:

1) oh wow, occay
2) oh hi
3) good morning
4) heyyy, i see you

on contouring:

1) my nose is pinched i'm barely breathing right now

on highlighting (she's a big fannnn):

1) my cheek is like BLINDING right now - BL-INDINGGG.
2) my cupid bow looks a little lonely here

when she isn't happy with the products:

1) hmmm i'm not feeling it
2) i'm not living for it

i think i love it most when she's surprised with some products yang maybe dia tak letak high expectation. there was one video of hers dia review all maybelline products yang tu for me kelakar. pastuh nanti macam dia ulang-ulang part dia wow and buat bunyi uuuu. bukan lah kelakar yang kau pause dan tergelak-gelak tu. but macam terNTN. (noise-through-nose) and you knowwww i'm hard to impress!

so sekarang ni macam dalam hati i kalau i happy nampak makanan ke terus macam HEYYY GOOD MORNING kat makanan tu. -____-"



Thursday, March 23, 2017

of trying to be organized and failing epically


so, i made a promise to myself untuk lebih organized, lebih bersistem di dalam hidup this year. bila kita berjanji dan dah berazam, tentu lah kita kena ada series of plan bagaimana untuk mencapai cita-cita kecil itu. yelahhh, dulu pergi kerja tak payah pikir pasal duit minyak duit parking sebab office begitu dekat sekali dengan rumah, i can literally walk to and fro tau. and i did time gigih nak kurus dulu bahaha. okay masuk balik topik. lol.

makanya, dari awal tahun hari tu i make it a habit untuk track my expenses especially on petrol consumption dan parking. sebab parking kat office baru adalah rm13 sehari mampus ke tidakkkk. dan starting 1st march aku cuba untuk track dengan lebih detail especially bab makan. sebab aku tau mungkin lebih dari setengah dari gaji aku memang habis untuk makan je, aku tak exaggerate tau. ini adalah kebenaran yang sungguh pahit untuk ditelan namun masam jua untuk diluah, kalau dikemam takut lama-lama basi. gittew paham ke i bermetafora?

tapi biasalah guys, sebagai seorang yang memang jenis tak suka benda remeh temeh leceh menyusahkan ni, tentulah cuma mampu bertahan 2 minggu je. *nangis*

bab nak track expenses yang macam grocery shopping ke, petrol ke itu okay tau sebab yelahhh bukan hari-hari kau isi minyak kan. tapi makan ni bukan sahaja hari-hari, malahan kadang tu boleh membawa kepada 6 kali sehari. gigih ke seorang Fasheeha nak update tiap-tiap jam? tentu lah tidakkkk. dapat pulak cukup seminggu dah rasa menggigil terbelanja sampai 3 ratus. helloooo? 3 ratus tapi tak shopping, apa kejadahnya semua ini? lebih seram dari misteri nusantara setiap hari isnin jam 10 malam, bukan?

sebab tu aku stop tracking. sebab terlalu seram. aku rela biarkan diri ini diselubungi misteri. takpe lah, i'll try again next month bahaha. ok but in all seriousness, imma start again next month dan cuba kurangkan keinginan mengarut nak makan western tiap-tiap hari apa kau ingat gaji kau masuk tiap-tiap minggu?! sakit hati kan dengan diri sendiri? itu pun dah banyak jimat sebab i seldom drink my sugary drinks anymore. sekarang ni kalau makan luar relax je tak order minum. atau kalau order pun, air-air boring seperti air sejuk tak pun air limau lololol.

okay ni aku bagi contoh my typical makanan tiap-tiap hari di opis.

pagi: nasi putih berserta lauk sardin dan sambal paru/tempe. (ini dah berlarutan lebih dari 2 minggu, lebih kurang menu yang sama) kadang tu kalau rasa macam tak lapar sangat, beli je sambal paru 3 ringgit dan meratah time buat kerja. atau tempe. sardin je belum rasa nak meratah, kalau tak dengan sardin-sardin aku buat macam makan cekelat. helppp!

lunch: nasi goreng tomyam/bihun goreng tomyam berserta nasi ayam tanpa nasi. selalunya memang akan ada peneman lah untuk setiap makanan aku. melampau kannn. portion nasi goreng dia memang portion untuk si gergasi seperti aku, sumpah tak tipu. kalau mintak nasi half pun sentiasa dikritik rakan-rakan di media sosial dengan soalan "ini ke konsep nasi setengah kau?"

desserts: selalunya buah-buahan. rojak buah (mangga dan nenas sahaja, awasss) tak pun memang buah. buah kat kak lia ni dia kira untuk mangga 1 plastik = setengah buah tau, harga RM1.20. tapi kalau aku, dia takkan jadi 1 plastik, dia akan jadi 2 bijik buah mangga bersamaan dengan 4 plastik bahahahah kira sendiri kos hangus nya berapa. itu belum lagi datang angin kuskus nak makan aiskrim lah, nak makan buah melaka lah, nak salted caramel frappe san francisco lah. saka jin mana lahhh dalam badan, aku pun tak tau.

dinner: ini tricky sikit. biasanya kalau takde pape plan di malam hari, aku akan jimat sikit lah sebab balik rumah masak megi ke masak sardin ke atau makan masakan toh puan sri ke atauuu tak makan langsung. tapi kadang-kadang tu datang kegilababian yang menjadi-jadi, pergi singgah wok it kejap tapau laksa mango sweet chili. kalau keluar tu, toksah cerita la busuk-busuk pun mesti ayam penyet. itu busuk, kalau wangi termakan western lebur 50 hengget. *meratapinasib*

begitu lah hidup i sehari-harian. selera makan tu mengalahkan orang kerja construction. time nak beli nasi pagi-pagi tu memang sama naik dengan bangla mau pun indon beratur tunjuk lauk. tak tipu. orang lain pagi makan bihun goreng tak pun nasi lemak, i relax je nasi berlauk sebab helloooo tak suka nasi lemakkk??? kadang tu pagi makan nasi kerabu. huahuahuaa.

bantuin aku dongggg. gimana mau lebih sistematikkkk? dan kurang makan?

Sunday, March 19, 2017

Level of Sensitivity


aku rasa setiap orang ada sensitivity level yang berbeza untuk setiap perkara. contoh macam aku, bab makanan aku sensitif lebih sikit kalau tengah lapar, order makan lepas tu tunggu lama dan bila dapat pulak makanan tu tak menepati order aku, dia punya sensitif tu boleh bawak kepada tetiba menangis sebab marah sangat. ahahahaha. tapi kalau suruh tengok cerita cinta yang semua orang rasa sedih siap ada yang air mata bertakung membanjiri bawah mata, 97% of the time aku tak boleh nak feel dan langsung tak nangis. siap kena sound dengan kawan lelaki aku, dia kata aku takde perasaan. :'( i mempunyai perasaan yang begitu banyak dan mendalam dan pelbagai tauuu tetapi tu lahhhh tengok pada tempat dan perkara. huahuahuaa. i kalau bab cinta tak sampai kat hati. bab makanan, haaa jangan main-main. bukan sampai ke perut je, malahan ke hati siap baran tu boleh naik sampai kepala. nampak?

nak dijadikan cerita, pagi ni masuk office ada sorang kakak opis tegur i pasal hal last week yang i langsung dah tak ingat apa-apa sebab well, tak penting so tak masuk ke hati. one of my colleagues last week tegur pasal rambut aku ada uban. like few times macam tu. dia cakap kalau dia gerammm je rasa nak cabut. sebab banyak kali jugak dia cakap macam tu, aku cakap jelaaa haa cabut je lah nak cabut sangat. dan time dia nak cabut tu dia cakap eh banyak sangat ni uban, kalau cabut mau botak kepala. perkara ni kebetulannya berlaku depan kakak opis i yang kita namakan dia kak di. so kak di ni yang muka kemain berubah, i relax je tak rasa apa. dah lupa dah pun.

kak di: fasha, kau lain kali jangan bagi orang main kepala kau sentuh-sentuh rambut kau nak cabut uban ke apa ke.

me: aik kenapa kak? kalau makin cabut makin banyak uban ek?

kak di: akak tak suka lahhh. tengok cara dia cakap tu, macam sengaja je nak kena kan kau. benda-benda macam ni tak payah mention in public. and tak payah cakap ulang-ulang.

me: eh takde lah kak, i tak kisah pun. i memang rambut beruban dari zaman sekolah.

kak di: akak tau, tapi orang ni niat bila cakap tu bukan boleh percaya sangat. macam sengaja je nak sakitkan hati. akak pulak yang sakit hati tengok.

lalu kak di ni pergi cite pulak kat kak a dengan membara-bara gitu padahal benda dah lepas dah ni jumaat hari tu ahahaha.

kak a: fasha ni memang macam ni. naive.

me: *gelak-gelak* i kalau orang nak tegur pasal uban ke pasal apa pun takpe kak, jangan tegur pasal i gemuk. itu i sensetip tauuuuu walaupun memang gemuk.

......................................................................................

should i be sensitive about this, guys?

aku rasa benda tu macam kecik sangat takde apa pun. takde lah rasa terhina sebab rambut ada uban ke apa kahkahkah.

tapi aku paham ada orang memang jenis berhalus nak perli ke sakitkan hati kita. cumanya, aku ni bukan orang yang berhalus gitu. makanya aku sikitt pun tak sakit hati. kalau niatnya tak baik, terpulang lah kan. yang penting jangan ujung-ujung kau sendiri yang makan hati sebab aku relax je tak terkesan hatta secuit pun. i tak reti guna cara halus tau. kalau i rimas i terus tak kawan dengan orang tu. kalau i tak suka i memang sound tepet je dan buat muka. tak reti lah nak cakap lembut-lembut baik-baik dedepan tapi sebenarnya hati menyimpan amarah dendam durjana gitu.

yang pentinggg skang, cakap pasal uban i tak marah tapi awas ehhh siapa cakap i gemuk. i akan terkesan dengan mendalam dan akan membenci orang tu seumur hidup. tiberwww.


Tuesday, March 7, 2017

Updated Skincare Products


baiklah. mari kita mulakan tahun 2017 (walaupun dah march ahahaha) dengan berkongsi skincare product yang aku pakai sekarang ni, apakah aku suka? apakah ianya bagus? apakah ianya bertepatan dengan harga? apakah ianya mampu menukar kulit muka persis kulit buaya i kepada kulit selembut softlan dan persis nasha aziz?

ayuh teruskan membaca!

1) Pre-Cleanser aka Makeup Remover


ini aku guna bila aku pakai mekap aje lah. contoh seperti di hari bekerja. so sebelum cuci muka aku amik kapas letak sikit benda ni dan tonyoh-tonyoh ke muka dengan harapan rupa bertukar menjadi jelita. walaupun dia claim lepas dah bersihkan muka guna ni, tak payah cuci muka lagi sebagai seorang wanita yang bersifat tradisional, aku masih mencuci muka dengan facial cleanser pula. tetapi kalau rasa macma hari tu terpakai heavy make up sedikit, aku akan cuci bahagian mata dengan coconut oil dulu. iya, coconut oil yang organic (oh em jiii ailebbb coconut oil aku gunakan dimana-mana bahagian badan sesuka hati), jangan pergi dapur amik minyak kelapa sawit cap buruh. itu buat goreng ikan. sedap ek ikan goreng cicah sambal belacan? tiberww.

2) Facial Cleanser

aku pakai 3 jenis pencuci muka sekarang ni kerana perempuan mana cukup dengan 1? cukup ke 1 kasut di pakai hari-hari ke opis? cukup ke 1 handbag di bawa ke sana ke mari pada hari bekerja mahupun hujung minggu? cukup ke 1 lipstick digunakan untuk keluar berfoya-foya bersama rakan-rakan serta untuk kelihatan jelita garang menawan di majlis makan malam syarikat anda bekerja? well, you get my point.



okay time beli tu dia macam ada promotion lah beli 2 RM49 kalau tak silap. so dari tahun lepas pakai tak abis-abis lagi. yang putih kelabu tu macam kuat sikit lah, lepas pakai kulit rasa tegang so aku tak berapa suka sangat. tapi sebab dah beli kan, aku pakai lah jugak. abis dah pun sebuku. sekarang ni tengah pakai yang hitam tu, lembut sikit so bila pakai kulit tak rasa kering. sangat bagus untuk menanggalkan segala kekotoran sebab aku buat eksperimen kalau pakai sabun ni lepas tu pakai toner memang bersih ek tiada daki tertinggal.




okay ada satu pengakuan, sebenarnya nak beli apricot scrub tetapi hari tu nak cepat tak perasan terbeli yang cleanser *nangis* tapi sebab dia tengah sale harga jadi Rm14++ dimaafkan lah kegelojohan diri. *kesatairmatasemula* ini aku guna di pagi hari sebab dia macam lepas pakai tu rasa lembut je mukaaaa, bagus ek senang nak sapu mekap lepas tu kang. dia ada bijik-bijik scrub tu tapi sikit sangat. so honestly opkos best lagi yang scrub tu rasa macam nak tertanggal muka bila ditonyoh, i kan suka yang hardcore sebab kulit muka ala-ala tak berapa nak peloles.

yang ini aku dah memang pakai dari zaman sekolah, tapi lepas abis sekolah bertukar-tukar lah cuma sekarang ni pakai balik sebab mengimpikan kulit muda remaja? tetapi kulit remaja i adalah sungguh horror? yang ini memang tersangat mild so aku akan pakai as 2nd cleanser, takkan pakai this alone sebab rasa macam tak bersih. padahal ok je, tapi aku sukakan keyakinan dan hidup tanpa was-was. ini dulu doktor prescribed untuk aku sebab time sekolah jerawat aku begitu teruk sampai kena makan ubat. dulu tak jual kat farmasi, sekarang dah readily available almost everywhere kan. senang.

2) Toner

aku ada 2 jenis toner dan toner pertama tu buat sendiri guys. haaaa begitu. cantiknya tidak juaaa. gigih je lebih. kahkahkah. toner pertama adalah campuran ACV dan air kosong bertapis. saja je kasi acidic dengan harapan segala jerawat yang nak tumbuh tu akan menyesal dan tak jadi bermaharajalela di muka. bau dia busuk nauzubillahhh makanya lepas pakai toner ni barang seminit dua tunggu sampai kering, aku sapu pulak 2nd toner sebab ianya wangi huahuahuaa.


yang ni bau rose, personally aku tak suka rose tapi kau nak bau busuk masam epal jeruk ke kau nak bau rose? ke kau nak muka buruk? habegituhhh. kejam bunyi soalannya tapi kebenaran itu selalunya memang menyakitkan. yang ini pun macam bila pakai tu rasa sejuk je muka macam wow adakah kulit ku telah menyerap segala air yang sihat ini adakah kulit ku lembap cantik wajah seperti nasha aziz? macam tu lah lebih kurang perasaaannya.

3) Moisturizer

kalau korang tanya aku setahun yang lepas moisturizer apa aku pakai mesti macam cuma lah bunyi cengkerik dan burung hutan serta angin bayu membawa diriku sepintas lalu ku terkenangkanmu. sebab aku tak suka benda leceh dan benda yang kau pakai tapi tak nampak beza pun dengan kalau kau tak pakai apa-apa. tapi setahun lepas kawan aku begitu terkejut bila aku cakap aku takde moisturizer lalu dia kenalkan aku dengan basic moisturizer olay yang aku begitu sukaaaa itu. suka sampai setahun lebih lah jugak pakai. tapi sekarang i got over it dan beralih kepada moisturizer baru. ok fine, sebenarnya sebab time tu dah terdesak moisturizer licin abis tapi kat watsons opis i takde olay yang i biasa pakai tu makanya try je lahhh moisturizer lain (selepas google kerana google adalah milennial's bestfriend nowadays)

 dia memang light tetapi lepas pakai ni dan pakai mekap, terus macam foundation tu glides smoothly. so aku suka. tiada bau yang tidak menyenangkan kalau olay dulu macam ada bau lotion baby johnson aku okay je tapi ada sesetengah orang tak suka bau kuat-kuat? bagi aku moisturizer ni tugas dia melembapkan aje so aku suka yang basic. ada orang suka yang 7 in 1 lah yang boleh memutihkan, menggebukan, merawat jerawat, memudarkan cela dan garis halus, menjadikan rupa alien berubah kepada lisa surihani dan berbagai janji palsu yang lainnya. aku stick kepada yang basic. sebab aku apaaaa, kawan-kawan? aku tradisional. kalau aku nak yang untuk hilangkan kedut takpe, aku cari khas untuk kedut. kalau aku nak cari yang untuk pudarkan bekas jerawat, takpe aku cari produk lain khas untuk scar ke apa ke. sebab aku tak percaya segala mak nenek 16 in 1, 3 in 1 semua tu. and this brings us to the next one.

4) Treatment

aku pakai ini malam je selalunya sebab siapa ada masa nak tempek segala jenis benda di siang hari? aku pentingkan tidur lagi daripada perawatan muka sebenarnya kahkahkah makanya bangun lambat > muka cantik lololol. 



ini untuk jerawat. kalau rasa ada jerawat nak tumbuh ke tengah mekar tumbuh ke, dab je benda ni kat tempat itu. nanti dia kecut dengan cepat. aku beli kat guardian rasanya tapi kena mintak kat pharmacist, dia tak letak kat shelf.


yang ini pula untuk acne scar ke apa-apa scar lah, lepas aku dab dalacin t tu, aku sapu terus mederma ni kat atas jerawat tu sebab gelojoh guys. tau dah jerawat tu nanti dia akan menjadi parut dan sebelum dia jadi parut kita sapu terus benda ni kahkahkah.

5) Serum

ini aku pakai bila rajin je dan rajin tu unfortunately dia datang bukan hari-hari makanya kalau mampu pakai seminggu 2-3- kali pun dah cukup baik dahhh. ahak ahak.

aku rasa masalah aku untuk istiqamah adalah kerana aku tak nampak kesan serta-merta. of course produk yang baik adalah produk yang tidak semena-mena menjadikan kulit kau halus seperti telur dikupas selepas 2 jam pemakaian. tapi serum ni susah nak incorporate di dalam kehidupan seharian sebab aku rasa dengan moisturizer pun kulit aku dah cukup moist dah kahkahkah. tapi pabila meningkat usia ni nak tak nak kena jugak pakai serum takut tetiba umur 30 muka macam dah 49 tahun? nehiiiiiiiiii!

6) Dry Oil

guys guys, kalau anda tak tau, kini pasti anda telah mengetahuinya yang bahawasanya aku adalah a firm believer of oil. i suka minyak. i suka makanan berminyak. i suka coconut oil. i suka olive oil. malahan i suka lelaki yang tangannya berkilau silau menyilaukan pandangan ahahahaha maaf terover. so i pun suka memakai minyak di seluruh bahagian badan. rambut, muka, siku, lutut, kaki. apa itu lotion? gittew sombong. dulu pakai lotion lepas tu kawan aku cakap dia stop pakai lotion sebab bulu kaki dia makin tebal lepas pakai lotion hari-hari. helloooo aku pakai lotion semenjak dari bayi tau jangan lah takutkan kita sebegitu rupaaaa!!! lelaki banyak bulu takpe tau, perempuan jangan lahhh. seram. so mari lah beralih arah ke minyak pula.

yang ini sejujurnya terbeli sebab orang body shop tu baik nau nau. damn you pondan! tapi memang pondan best tau agaknya kalau dia jual shaving cream jantan pun i terbeli jua sebab terpedaya dengan teknik melayan pelanggan diorang. yang ini i pakai kat tangan dan kat rambut kat muka tu tak sebab oily sangat i rasa gatal-gatal muka time tidur dan 1 lagi keranaaaa kat muka i pakai yang ini.


pada mulanya aku takut jugak nak pakai minyak kat muka. tak cukup ke dengan segala minyak yang terkumpul di siang hari pada mukaku kenapa nak tambah lagi kegreasyan muka sendiri? tapi kawan aku pakai kat muka and dia kata nanti bangun tidur rasa macam cantik. rasa. macam. cantik. ahhh perempuan gitu lah mudah terpersona dengan perkataan cantik lalu aku pakai di muka. sebab ianya dry oil so takde lah terlalu oily ngam ngam berkilau muka persis rembulan bercahaya menyinari malam. dan sebenarnya aku ada juga shimmer oil nuxe ni haaa tapi mohtip nak pakai shimmer shimmer di muka kau ingat kau beyonce nak buat show? tapi yang itu i pakai kat kaki bila RAJIN dan bila pakai skirt pendek so macam kaki nampak tanned dan berkilau sikit ahahahahaha. shhh rahsia kita-kita aje.

okay rasanya tu aje kot. adakah kulit i feloles? tidak ya. langsung tidak jauh sekali dari feloles. tetapi at least tidak lah berkerak seperti dahulu kala guys. itu yang penting. kita ni tak lawa takpe, jangan berkerak. tiberwww.

sekarang ni jerawat aku macam selalu naik kat bahagian jaw tu. bila gugel dia kata sebab nak period jadah kau apa yang nak period nya kalau tetiap masa nak tumbuh periodnya tidak jugak menjelma nyampah kannn. pastu gugel lagi katanya hormonal imbalance. haa itu mungkin betul. tapi i tak suka lah jalan penyelesaiannya adalah dengan mengambil pil birth control alaaaa bagaimana kalau i bertambah gemuk? nak jerawat ke nak gemuk? soalan yang susah nak dijawab sebab sekarang ni i dapat dedua sekali. ahahaha.

Monday, March 6, 2017

Starting Over


dan seperti kebiasaannya, akan ada masa dengan tidak semena-mena aku rasa macam nak delete blog tak pun delete post tak pun clearkan apa sahaja yang ada depan mata dan hari ini nampak gayanya adalah hari kebiasaan itu. haha.

aku tak delete semua post lama sebab itu kan memori dan aku ni pelupa orangnya makanya aku still simpan mana tau one day terindu dan terasa nak baca balik yang mana-mana teringat. ;) blogging ni dah semacam suatu pekerjaan leceh rasa dia sebab tak smartphone friendly so tiap-tiap kali nak menulis kena bukak laptop ain't nobody got time for that, bij. tapi tu lah nak terus delete dan lupakan pun payah tau sebab aku kan suka membebel dan bebelan di sini saja yang aku rasa sungguh bebas lepas terbang melayang ecewah tampar kang.

baiklah.

mari kita teruskan hidup tanpa janji-janji palsu aku akan update blog dengan lebih rajin kerana rajin mana pernah wujud dalam diari hatiku? *tiberwww*