Friday, July 28, 2017

MRT


guys, i sekarang dah naik MRT pergi dan balik kerja guys! jakun, sebab dari start kerja 5 tahun lalu sampai sekarang medium pengangkutan seharian i berkerja adalah sama ada drive sendiri, orang hantar kan tak pun berjalan kaki. i seldom take public transport semenjak dari sekolah sebab takut, i kan clumsy guys, jatuh dalam bus tertarik case putih kat head rest bus sekolah, jatuh dalam bus yang menyebabkan 2 orang di belakang jatuh juga, terlompat keluar bus sebelum bus berhenti malahan pernah sekali tu turun bus jatuh terduduk bersila atas jalan raya. i am THAT girl yang kalau korang tengok drama melayu macam betul keeee ada perempuan seclumsy ini dalam hidup, takkan lah kan babe takkan lahhh. drama ni suka buat cerita over kemain mana lah wujud orang yang mengesiankan sebegini kannn. tapi ada, i am the living proof. LOL.

okay cite balik pasal MRT. the first phase yang from sg buloh to semantan dah bukak last year, 16 Dec 2016. kenapa i ingat? kerana time tu i baru start kerja kat tempat baru dan i rasakan ehhh lambatnya nak bukak yang kat rumah i punya. tapi rupanya 7 bulan begitu cepat berlalu, tetiba last 2 weeks MRT second phase opened its doors to public jyeahhh. tentu lah i yang paling happy sebab dahulu kala i berangan teringin nak pergi kerja commute pakai baju kerja siap cecantik buat hal sendiri dalam train fefeeling pakai earphone sambil baca novel. nampak so poise so berkerjaya so sophisticated. BABE, BANYAK SANGAT BERANGAN BABE. bawak-bawak lah mengucap spray muka dengan air bacaan yasin.

first day MRT bukak to public tu i dah teruja tau. i bawak bekal apples (tauuu tak boleh makan dalam train, no worries) saje je lah bawak nak nampak bekerjaya dan poise kannn, bawak handbag, bawak earphone siap sedia dalam bag sebab heyyy nak dengar lagu tauuu dalam train. novel tak bawak babe sebab hari pertama i nervous takut terlepas station. i kena aware dengan keadaan sekeliling! pagi tu semangattt suruh mak i hantarkan kat cochrane station, it's just 5 mins away from home kalau naik kereta (even lesser than that tapi depan rumah i ada trepiklait mytown yang menyakitkan hati dia 4 penjuru pastu sampai turn i dalam 3 kereta je dia merah balik. kau dah kenapaaaaa. i mintak tolong toh puan sri hantarkan sebab i tak tau kat mana nak masuk station tu sebab dia separa siap kawasan sekeliling semua tengah under construction huahuahuaa.

sampai je station tu i nampak macam tak berapa meyakinkan nak masuk, so toh puan sri suruh tanya orang tengah nak lintas jalan kat mana jalan masuk station. guys, rupanya hari pertama tu MRT bukak pukul 4 petang guysss! ya aulohhh paham tak perasaan semangat yang hilang dan telah dihampakan last-last i hantar mak i balik rumah i pecut pergi kerja bawak kereta. kahkahkah. padan muka siapa suruh tak tengok berita ek. mana lah i tau kannn. selalunya kalau kita bercakap pasal pembukaan tempat baru ke amenities baru ke mesti lah pagi kan. ada tetiba orang kecoh-kecoh kita akan bukak shopping mall to public ya, tetapi kita akan bukak pukul 4 petang hari ahad dik. kita tak bukak awal pagi seperti kebiasaan mall-mall di malaysia mula operasi. adaaaaa? hampa i dan apples i, babe.

the first time i naik MRT tu tak tau lah nak kata macam mana teruja dia, ibarat beruk mendapat bunga atau mungkin lebih teruk lagi keterujaannya. macam omg sooo cantik sooo sejuk eh eh cepat ek train sampai every 4 mins i terujaaaaaa! namun tetap berjaga-jaga sebab kalau ikutkan luck i dengan public transport, nampak macam bakal terlepas station tak pun tersalah naik train instead of menghala ke sg buloh i pergi patah belakang menghala ke kajang. itu perkara yang tak mustahil berlaku pada seorang Fasheeha. jaga-jaga.

the first day dan hari-hari seterusnya berlalu dengan smooth. 18 mins from cochrane to pusat bandar damansara i'm shookethhhh! i boleh sampai rumah before 6.30 pm izinkan i menangis kegembiraan! cuma i ni kurang happy dengan escalator kat cochrane station babe, sebab dia laju nau nau. i ada sedikit sifat penakut naik escalator semenjak kanak-kanak. jenis kalau sebelum nak naik escalator tu i pandang dulu barang 10-20 saat baru i pijak kaki atas tu. hakhak. so i suka biar kawan-kawan naik escalator dulu taku diorang perasan tetapi rupanya kawan i anep perasan benda tu dan dia akan pandang belakang nak tengok. T___T i ingatkan perasaaan i je yang escalator cochrane tu laju lain macam rupanya memang bila i baca (hahahaha #thingsigoogle) sebenarnya memang escalator dia laju dari biasa demi mengikut keperluan warga kota yang sentiasa mengejar waktu (lebih kurang lah website tu cakap).

i perasan i suka either coach depan sekali tak pun belakang sekali sebab it's less cramped, i dapat tengok pemandangan di depan atau pun belakang dan yang penting sekali sebab selalunya akan dapat tempat duduk huahuahuaa. bukan malas berdiri guys, tapi i cuba minimalize kan kejadian yang tak diingini seperti terjatuh pabila mrt break. paham eh. 

baiklah walaupun i cakap first day dan hari-hari seterusnya berlalu dengan smooth, langit tak selalunya cerah babe. last 2 days ketika mahu pulang dari kerja suatu perkara mengaibkan telah berlaku. seperti biasa bila masuk train je i akan scan sekeliling untuk tengok ada tak vacant seat. kalau ada i scan pulak ada tak orang-orang tua, kanak-kanak, wanita mengandung mahupun orang kelainan upaya yang lebih memerlukan seat tersebut. jika tiada dengan hati yang girang i akan slow-slow bergerak ke seat tersebut. dan selalunya i suka tunggu bila train dah bergerak baru i pun turut gerak kerana nak make sure memang takde siapa nak seat tu.

nak dijadikan cerita, hari malang itu kaki i tengah sakit babe so i seboleh mungkin memang nak cari seat tanpa membelakangkan orang yang lebih memerlukan seat kosong, obviously. sekali ada 1 seat berwarna biru (memang semua seat warna biru dalam mrt) memancar-mancar bersinar ceria keluar bintang imaginasi memanggil i untuk duduk. 1 seat jeee. kat bahagian tengah sikit, di apit dua wanita yang sorangnya tengah memejamkan mata manakala sorang lagi tengah khusyuk dengar lagu sambil main phone. kebiasaannya i akan tunggu train gerak dulu baru i turut bergerak tapi hati i dah tak sabar. i perlu dapatkan seat tu sepertimana seat tu kelihatan begitu memerlukan i. i terus gerak untuk melabuhkan punggung dan tetiba train gerak babe lalu papppppp i terduduk atas orang sebelah.

i terperanjat.
dia pun terperanjat.

bersungguh-sungguh i mintak maap dan betulkan semula duduk punggung i di tempat yang sepatutnya.

nasib baik perempuan.
nasib baik dia tak marah.
nasib baik size peha dia ala-ala peha i je.

i rasa berdosa sangat tapi i takleh tahan terhenjut-henjut bahu gelak.
i tak berani nak pandang sekeliling so i gelak dalam hati sambil main phone babe.

sepbek kakak tu tak terus tukar tempat ke, tak pun terus keluar next station ke.
kalau dia buat gitu i terjun train babe.

T_____T

benci ek.




No comments:

Post a Comment