Tuesday, May 23, 2017

Singapore 2017


Mannn, it was all dramas and issues leading up to this trip but thank god we made it! i nak cuba pendekkan cerita but you know i'm not good at short stories and twitter kinda word limit kan? hehe. so brace yourself, it's been too long i haven't told you guys stories like this one, semoga i masih ada that skill. ecewah. skill hapooooo pondan.

okay initial plan - 4 of us best cousins abiky, kain, tya and me. secured flight ticket in february, it's a one day trip because hellooo why not? we're still young and we love challenges, exploring singapore in 12 hours? WHY NOT?! (i take that back and i'll tell you why soon!) kan i cakap prior to our trip, ada drama and all so this is basically what are those.

1) i got blacklisted for PTPTN - i took one when i was studying kat uitm samarahan, it's only for 2 semesters and i didn't pay any single cent from then on, this was of course, foreseen. tak kisah lah 5 ribu je pun kalau you tak bayar you deserve to be blacklisted, and i did attempt to pay few years ago when i just started earning money but half way of trying to get connected to the officer i gave up - they transferred me from one officer to another to the point i start dah annoyed nak mampos dan i lupakan niat i. bahaha. dah pinjam kena pandai bayar guys! i'm not making any excuses here, i know i'm at the wrong side anyway. managed to settle 30% of my loan and rescheduled the remaining, a week before my trip. phew.

2) tya pun perkara yang almost the same jua but she got denied boarding time nak pergi jakarta last february. itu lagi sadissss. kat airport pulak tu. ahahaha. and then even though she has started paying back her loan but still dia rasa macam cuak takut tak lepas. her loan i think was triple than mine perhaps even more so nak settle tunggakan je dah menangis but she managed to do so jugak lah.

3) kain pulak in april she was in japan for her annual family holiday tapi after 3-4 days macam tu terus balik malaysia sebab batuk berdarah and memang tak sihat her husband decided to take the family home risau anything happen kat sana susah kan. balik malaysia, she got warded, treated and all but still macam sihat tak sihat, but she was still in for the trip. 2 days before our trip, tetiba dia batuk berdarah balik and that's when the doctor advised her not to travel anywhere anytime soon. so, last minute kain has to bail.

so bertiga lah kitorang ke singapore bukan nak apa pun, nak ke USS je. last fling before the ring for tya katewwwnyewww. she's getting married in 3 months' time, isn't that surreal my baby cousin is getting marrieddddd very soon but whatever sekarang i nak fokus pada trip ini. haha.

malam sebelum trip tu i tido awal tak tau lah sebab semangat nak ke obesi *mata ke atas* ke atau pun sebab kerja penat sangattt. tertido dengan baju kerja sebenarnya. tapi alhamdulilah terbangun sendiri tanpa alarm pukul 3 pagi. makanya get ready lah iols sebab pukul 4.30 nak gerak ke klia. gedebak gedebuk pukul 6 macam tu sampai klia pergi breakfast kat dome dulu bersuka ria. masuk gate pukul 7.40am tau tapi pukul 7 kitorang masih bersuka ria amik gambar kat airport si abiky sibuk buat insta story padahal kat boarding pass takde tulis gate ni. kitorang pulak biasalah dah kalau berjumpa lupa dunia takde pulak terpikir nak pergi kaunter tanya gate berapa ke apa. kondifennnn as always guys! so masuk international departures ada 3 gate L, P & Q. kitorang selambek jalan terusss sampai hujunggg. time tu dah 7 suku eh. nak sampai ke hujung tu pun azab juaaa jauh nau nau. sampai situ kitorang tengok tv eh eh gate kitorang L4. L ya kawan-kawan. L! aku turun escalator tanya orang imigresen tu kat mana gate L seperti nak terkeluar mata pegawai tu cakap L kat wing sebelah sana dia depangkan tangan dia seluas yang mungkin tunjuk ke arah kitorang memula masuk tu.

tak kelakar guys, tak kelakar. dah 7.25 time tu. abiky dengar je terus jerit chea, tya jom lariiiiii. sumpah tak tipu guys memang jauh namateyyy. abiky lari pecut persis usain bolt i dan tya mengikuti di belakang tapi oleh kerana i obesiti opkos i tak mampu selaju usain bolt malahan watson nyambek pun tak mampu guys. i lari 20 saat i jalan laju seminit dan kemudian lari balik ahahaha. i ingatkan i paling lemah di situ, sekalikkk tya tertinggal kat belakang muka macam dah nak muntah sambil cakap 'sorry tya tak fit korang lari lah dulu' ahahahaha. dah lah langsung takde buggy ride time tu cite dia buruk rupanya kak jah lari macam orang gila i rasa semua orang pandang dengan muka yang tak sanggup. tadi jalan feeling nasha aziz catwalk guys, tapi bila lari tu i dapat rasakan i tiada beza dengan blue hyppo dikejar serigala? mungkin itu lah larian terlaju dan terjauh i pernah buat sepanjang 10 tahun habis sekolah. time sekolah kena paksa ikut lari marathon apa ke nama merentas desa ek? haa itu last tau which was how many fucking years ago. lololol. i rasa motivation i untuk lari tu adalah apabila terpikir heyyy i dah bayar seribu setengah kat ptptn kalau i tak pergi ni sia-sia duit i lebur begitu sahaja kahkahkah. tya muka pasrah kat belakang kalau terlepas flight pun agaknya dia redha. abiky dah hilang dari pandangan di depan. i ingatkan sampai ke L tu terus boleh naik flight guys rupanya beratur panjang untuk bag checking pula. muka abiky dah nak nangis pastu takleh blah i never did this before in my life guys and i wasn't proud at alllllll - kitorang potong queue sambil mintak maaf pada semua orang cakap flight kitorang pukul 7.40. syukur alhamdulillahhh gate L4 je guyssss bayangkan kalau L39 ke? kompom memang tak sempat! by the time kitorang duduk je terus airplane gerak ahahahaha bayangkannnn.

pastuh abiky ada satu perangai kalau naik flight je kompem dia akan order air pastu dia siap offer nak air tak fefeeling minum tenangkan diri. kitorang pun order lah coffee guys, air tak sempat suam tetiba dah sampai ahahaha sumpah tak tipu! i mean, what do you expect kan kata pun singapore je tapi macam ehhh takkan sepantas ini, kitorang peluh pun tak kering lagi dari berlari macam tak cukup tanah tadi. hakhak. so sampaiii je sana, kitorang amik grab terus gerak ke sentosa sebab nak kejar masa kalau boleh tak nak beratur panjang time beli tix nanti. sampai around 9 something kot memang takde queue langsung, cuma nak masuk USS je yang beratur panjang sikit. tix USS skang 76SGD bersamaan 200++MYR. jyeah nangis dalam hati.

most of the times i was just enjoying myself lah kat dalam tu, abiky rajin buat insta story, i couldn't bother much asalkan nanti story dia ada muka aku, aku mintak lah dia save ahahaha. tak kuasa nyahhh. gambar pun tak amik banyak sebab the three of us memang semua naik rides so banyak kena simpan bag dalam locker. but i did take few pictures kat hollywood lah. datang 10 tahun sekali sayang pulak tak amik gambar kan.

me and abiky

haaa begituhhhh dengan kegemukan disertakan keyakinan pakai seluar putih guys! ahahaha. itu nasib baik tergerak hati nak sarung spaghetti strap kat dalam, kalau tak feeling lah crop top perut berombak-ombak sekali lari 14 kali perut bergegar kahkahkah. keyakinan jenis apakah iniiii tolong tampar muka perempuan ni sikit.

yang mana gambar lepas rambut tu maksudnya masih awal-awal lagi. lepas dah pusing main 1 round, kitorang datang amik gambar lagi kat hollywood pastu rambut dah sanggul sebab walaupun hujan sekejap, bahangnya begitu terasa. tazabar nak tungguuuuu genting bukak balik!

oh btw, korang tengok ehhh korang tengok perangai abiky amik gambar tak berapa nak ikhlas dia. korang tengokkk.


dengan senget nya itu takpe itu takpe, pastu kepala mummy dah terpotong oh itu pun takpeee yang penting siap ada penampilan khas abang tajul rahmat bahadur kat belakang berdiri tegak seiringin patung berhala  ahahaha sakit tak hati kauuu.


haaa nampak tak betapa cozy nya macam tak berjalan cuma melepak minum-minum ini baru pukul 11 pagi tapi kitorang dah melantak nasi ayam kononnya isi minyak sebab tadi penat berlari kat airport.

by 3 macam tu kitorang dah habis pusing so terus ke hard rock kat luar sebab nak beli souvenir dan cuba teka apakah yang iols beli cuba lah teka cuba lah tekaaaaa.



yes guys, gongcha. macammmm lah takde gongcha kat malaysia ya? tapi sumpahhh gongcha kat malaysia sedap lagi tauuu bukan i nak feeling semangat kebangsaan sangat tapi kenapa ekkk gongcha klcc 16x lebih sedap dari sini? sini dia punya special foam tu dap lemak krim dappp. sana macam sedeyyyyy.

okay lepas sesi membeli belah, sempat lah i amik gambar kat tempat wajib kalau sampai USS kiranya kalau tak amik gambar kat situ kedatangan kau ke uss tidak diambil kira tauuu. invalid.


ekskiyus mi pakcik, can you please move aside? penat tau i pusing-pusing tunggu giliran sebab tak nak ada pengganggu di gambar i. selfishhhh at its best lol. pastu sakit tak hati kau bini dia terhegeh-hegeh tak reti guna kamera hellooo kalau tak reti pergi buat tutorial hujung sana jangan kacau i nak amik gambar! tiberwww marah. hahaha.

and when fasheeha wants something, fasheeha gets it.

kuangkuangkuanggg
tiada gambar melompat sebab tak mampu nak lompatttt :(((

dah amik gambar tu kitorang masuk balik untuk meneruskan sesi bergambar dan main lagi few rides before balik.


haaaa kemainnn posing dengan jendul sejemput lepas tu siap ada walk of shame sebab kat depan tu ada orang tunggu nak amik gambar jugak.

bye bitch try again next time LOL

i tak reti amik gambar fefeeling cantik pandang tepi ke apa pastu nak amik gambar cecantikkk posing maut oso i fail chu olzzzz. makanya kembali lah kepada posing silang kaki yang dibenci oleh kawan sejagat sebab katanya balik-balik silang kaki dia tak tau ke silang kaki itu untuk efek kurus. efekkkkk. walaupunnnnn.


sempat grab bang chaplin je sebab kebetulan dia baru keluar time tu. yang lain malas nak tunggu  beratur panjang.



dah. 2 gambar ni je yang kitorang bertiga proper yang lain semua either selfie tak pun video abiky amikkk untuk insta story diaaa.

by 7 kitorang terus gerak balik airport. yes, memang pergi singapore untuk uss semata-mata sebab kitorang perasan masing-masing muda belia padahal balik tu sakit kaki-kakiku. huahuahuaa. pastu takut nanti berlari kat changi pulakkk tak memasal. and guess what? flight delay. sepatutnya pukul 9 lebih boarding tapi jadi 10 lebih.

lalu bersuka ria lah kitorang makan-makan dan lepak dulu pusing-pusing urut kaki. pastu ayam penyet kat singapore tak sedap guys? helloooo, apa niii. sambal penyet ke cili tumbuk je nihhh. haa gittew. terus homesick tau rindukan malaysia kahkakah. dah lah, i malas nak cerita dah sebenarnya.

yang pentinggg, ada hikmahnya kain tak ikut sebab kalau dia ikut dengan keadaan kitorang berlari ke sana ke mari tu ada jugak yang tercabut paru-paru dia kang. hakhak.

sampai je klia rasa macam aaaaa tanah tumpahnya darahku dimana terletaknya makanan yang super sedap dan tertinggalnya hati nurani ecewahhh.

dasar tak boleh pergi memana duduk lah cuti-cuti kat malaysia je fasheeha sebab jiwa i kampungggg. lebih rasa kampung pabila i tak tau yang singapore pun celebrate wesak??? 


No comments:

Post a Comment