Sunday, May 28, 2017

Bahadur Petron


aku ada satu perangai jenis kalau dah tahu/suka 1 tempat tu aku pergi situuuu je sampai orang kenal sampai orang ingat.

contoh:

1) gerai buah kak lia
2) gerai ibu dan anak - bekpes nasi lauk sardin
3) kedai kakak tomyam B1
4) japp, kenapa semua kena tempat makan?
4a) cubicle jamban nombor 3 kat opis (ini takde siapa tau, kita-kita aje. tapi jamban peberet kita yang no 3 dari pintu toilet lololol)
5) petron desa pandan

okay hari ni aku share cite pasal petron desa pandan. aku suka pergi situ sebab 2 in 1, ada atm dan terus boleh withdraw duit dan isi minyak untuk seminggu.

biasalah kalau kat stesen minyak ni, attendant dia mostly adalah bangla. dan semua bangla pada aku adalah Bahadur sepertimana semua lelaki mat salleh rupa tipikal rambut blonde putih merah dan tinggi aku panggil Joshua.

dalam banyak-banyak bahadur, aku syak bahadur ni dia memang ingat aku. sebab setiap ahad, petang nak menjelang maghrib tu memang waktu aku isi minyak. dan di setiap kali dia nampak aku selalunya dia akan offer nak tolong cucikan cermin kereta aku. 1) mungkin sebab dah memang kerja dia 2) tak tergamak tengok rupa kereta aku yang macam kan pergi berperang di hutan rimba. 3) kadang-kadang kalau mood aku baik aku hulur lah 5 ringgit.

nak dijadikan cerita, tadi seperti tipikal hari ahad yang biasanya buat seorang Fasheeha, bahadur datang lagi offer cuci cermin kereta. tapi kali ni tetiba dia tegur:

"kak, bla bla bla kereta bla bla."

aku tak dengar, so aku tanya balik apa dia cakap tadi. dan ya aulohhh kalau aku tau aku tak tanya. huahuahuaa.

"kak, you orang besar kirita kicik. tukar lah kirita besar sama you"

=______='

guys guys, bagaimana kalau i nak berpikiran luar dari kotak kebiasaan? bagaimana kalau selama ni pemikiran kita bahasawanya orang besar kena pakai kereta besar untuk nampak lebih sesuai namun i mahu memilih untuk menjadikan diri i kecik dan terus memakai kancil? bagaimanaaaa?

jadikan diri kecik, kelakar bukan i? nak jadikan diri kurus pun sudah 10 tahun lamanya masih belum mampu. kahkahkah.

kenapa orang ingat i mampu pakai kereta besar?

awas eh bahadur buat i terpikir-pikir pasal benda ni sehingga sudah berbuka puasa. kita jumpa lagi ahad depan! awasss.

dengan kereta yang sama, kancil sopak i.

hakhak.

No comments:

Post a Comment