Tuesday, March 7, 2017

Updated Skincare Products


baiklah. mari kita mulakan tahun 2017 (walaupun dah march ahahaha) dengan berkongsi skincare product yang aku pakai sekarang ni, apakah aku suka? apakah ianya bagus? apakah ianya bertepatan dengan harga? apakah ianya mampu menukar kulit muka persis kulit buaya i kepada kulit selembut softlan dan persis nasha aziz?

ayuh teruskan membaca!

1) Pre-Cleanser aka Makeup Remover


ini aku guna bila aku pakai mekap aje lah. contoh seperti di hari bekerja. so sebelum cuci muka aku amik kapas letak sikit benda ni dan tonyoh-tonyoh ke muka dengan harapan rupa bertukar menjadi jelita. walaupun dia claim lepas dah bersihkan muka guna ni, tak payah cuci muka lagi sebagai seorang wanita yang bersifat tradisional, aku masih mencuci muka dengan facial cleanser pula. tetapi kalau rasa macma hari tu terpakai heavy make up sedikit, aku akan cuci bahagian mata dengan coconut oil dulu. iya, coconut oil yang organic (oh em jiii ailebbb coconut oil aku gunakan dimana-mana bahagian badan sesuka hati), jangan pergi dapur amik minyak kelapa sawit cap buruh. itu buat goreng ikan. sedap ek ikan goreng cicah sambal belacan? tiberww.

2) Facial Cleanser

aku pakai 3 jenis pencuci muka sekarang ni kerana perempuan mana cukup dengan 1? cukup ke 1 kasut di pakai hari-hari ke opis? cukup ke 1 handbag di bawa ke sana ke mari pada hari bekerja mahupun hujung minggu? cukup ke 1 lipstick digunakan untuk keluar berfoya-foya bersama rakan-rakan serta untuk kelihatan jelita garang menawan di majlis makan malam syarikat anda bekerja? well, you get my point.



okay time beli tu dia macam ada promotion lah beli 2 RM49 kalau tak silap. so dari tahun lepas pakai tak abis-abis lagi. yang putih kelabu tu macam kuat sikit lah, lepas pakai kulit rasa tegang so aku tak berapa suka sangat. tapi sebab dah beli kan, aku pakai lah jugak. abis dah pun sebuku. sekarang ni tengah pakai yang hitam tu, lembut sikit so bila pakai kulit tak rasa kering. sangat bagus untuk menanggalkan segala kekotoran sebab aku buat eksperimen kalau pakai sabun ni lepas tu pakai toner memang bersih ek tiada daki tertinggal.




okay ada satu pengakuan, sebenarnya nak beli apricot scrub tetapi hari tu nak cepat tak perasan terbeli yang cleanser *nangis* tapi sebab dia tengah sale harga jadi Rm14++ dimaafkan lah kegelojohan diri. *kesatairmatasemula* ini aku guna di pagi hari sebab dia macam lepas pakai tu rasa lembut je mukaaaa, bagus ek senang nak sapu mekap lepas tu kang. dia ada bijik-bijik scrub tu tapi sikit sangat. so honestly opkos best lagi yang scrub tu rasa macam nak tertanggal muka bila ditonyoh, i kan suka yang hardcore sebab kulit muka ala-ala tak berapa nak peloles.

yang ini aku dah memang pakai dari zaman sekolah, tapi lepas abis sekolah bertukar-tukar lah cuma sekarang ni pakai balik sebab mengimpikan kulit muda remaja? tetapi kulit remaja i adalah sungguh horror? yang ini memang tersangat mild so aku akan pakai as 2nd cleanser, takkan pakai this alone sebab rasa macam tak bersih. padahal ok je, tapi aku sukakan keyakinan dan hidup tanpa was-was. ini dulu doktor prescribed untuk aku sebab time sekolah jerawat aku begitu teruk sampai kena makan ubat. dulu tak jual kat farmasi, sekarang dah readily available almost everywhere kan. senang.

2) Toner

aku ada 2 jenis toner dan toner pertama tu buat sendiri guys. haaaa begitu. cantiknya tidak juaaa. gigih je lebih. kahkahkah. toner pertama adalah campuran ACV dan air kosong bertapis. saja je kasi acidic dengan harapan segala jerawat yang nak tumbuh tu akan menyesal dan tak jadi bermaharajalela di muka. bau dia busuk nauzubillahhh makanya lepas pakai toner ni barang seminit dua tunggu sampai kering, aku sapu pulak 2nd toner sebab ianya wangi huahuahuaa.


yang ni bau rose, personally aku tak suka rose tapi kau nak bau busuk masam epal jeruk ke kau nak bau rose? ke kau nak muka buruk? habegituhhh. kejam bunyi soalannya tapi kebenaran itu selalunya memang menyakitkan. yang ini pun macam bila pakai tu rasa sejuk je muka macam wow adakah kulit ku telah menyerap segala air yang sihat ini adakah kulit ku lembap cantik wajah seperti nasha aziz? macam tu lah lebih kurang perasaaannya.

3) Moisturizer

kalau korang tanya aku setahun yang lepas moisturizer apa aku pakai mesti macam cuma lah bunyi cengkerik dan burung hutan serta angin bayu membawa diriku sepintas lalu ku terkenangkanmu. sebab aku tak suka benda leceh dan benda yang kau pakai tapi tak nampak beza pun dengan kalau kau tak pakai apa-apa. tapi setahun lepas kawan aku begitu terkejut bila aku cakap aku takde moisturizer lalu dia kenalkan aku dengan basic moisturizer olay yang aku begitu sukaaaa itu. suka sampai setahun lebih lah jugak pakai. tapi sekarang i got over it dan beralih kepada moisturizer baru. ok fine, sebenarnya sebab time tu dah terdesak moisturizer licin abis tapi kat watsons opis i takde olay yang i biasa pakai tu makanya try je lahhh moisturizer lain (selepas google kerana google adalah milennial's bestfriend nowadays)

 dia memang light tetapi lepas pakai ni dan pakai mekap, terus macam foundation tu glides smoothly. so aku suka. tiada bau yang tidak menyenangkan kalau olay dulu macam ada bau lotion baby johnson aku okay je tapi ada sesetengah orang tak suka bau kuat-kuat? bagi aku moisturizer ni tugas dia melembapkan aje so aku suka yang basic. ada orang suka yang 7 in 1 lah yang boleh memutihkan, menggebukan, merawat jerawat, memudarkan cela dan garis halus, menjadikan rupa alien berubah kepada lisa surihani dan berbagai janji palsu yang lainnya. aku stick kepada yang basic. sebab aku apaaaa, kawan-kawan? aku tradisional. kalau aku nak yang untuk hilangkan kedut takpe, aku cari khas untuk kedut. kalau aku nak cari yang untuk pudarkan bekas jerawat, takpe aku cari produk lain khas untuk scar ke apa ke. sebab aku tak percaya segala mak nenek 16 in 1, 3 in 1 semua tu. and this brings us to the next one.

4) Treatment

aku pakai ini malam je selalunya sebab siapa ada masa nak tempek segala jenis benda di siang hari? aku pentingkan tidur lagi daripada perawatan muka sebenarnya kahkahkah makanya bangun lambat > muka cantik lololol. 



ini untuk jerawat. kalau rasa ada jerawat nak tumbuh ke tengah mekar tumbuh ke, dab je benda ni kat tempat itu. nanti dia kecut dengan cepat. aku beli kat guardian rasanya tapi kena mintak kat pharmacist, dia tak letak kat shelf.


yang ini pula untuk acne scar ke apa-apa scar lah, lepas aku dab dalacin t tu, aku sapu terus mederma ni kat atas jerawat tu sebab gelojoh guys. tau dah jerawat tu nanti dia akan menjadi parut dan sebelum dia jadi parut kita sapu terus benda ni kahkahkah.

5) Serum

ini aku pakai bila rajin je dan rajin tu unfortunately dia datang bukan hari-hari makanya kalau mampu pakai seminggu 2-3- kali pun dah cukup baik dahhh. ahak ahak.

aku rasa masalah aku untuk istiqamah adalah kerana aku tak nampak kesan serta-merta. of course produk yang baik adalah produk yang tidak semena-mena menjadikan kulit kau halus seperti telur dikupas selepas 2 jam pemakaian. tapi serum ni susah nak incorporate di dalam kehidupan seharian sebab aku rasa dengan moisturizer pun kulit aku dah cukup moist dah kahkahkah. tapi pabila meningkat usia ni nak tak nak kena jugak pakai serum takut tetiba umur 30 muka macam dah 49 tahun? nehiiiiiiiiii!

6) Dry Oil

guys guys, kalau anda tak tau, kini pasti anda telah mengetahuinya yang bahawasanya aku adalah a firm believer of oil. i suka minyak. i suka makanan berminyak. i suka coconut oil. i suka olive oil. malahan i suka lelaki yang tangannya berkilau silau menyilaukan pandangan ahahahaha maaf terover. so i pun suka memakai minyak di seluruh bahagian badan. rambut, muka, siku, lutut, kaki. apa itu lotion? gittew sombong. dulu pakai lotion lepas tu kawan aku cakap dia stop pakai lotion sebab bulu kaki dia makin tebal lepas pakai lotion hari-hari. helloooo aku pakai lotion semenjak dari bayi tau jangan lah takutkan kita sebegitu rupaaaa!!! lelaki banyak bulu takpe tau, perempuan jangan lahhh. seram. so mari lah beralih arah ke minyak pula.

yang ini sejujurnya terbeli sebab orang body shop tu baik nau nau. damn you pondan! tapi memang pondan best tau agaknya kalau dia jual shaving cream jantan pun i terbeli jua sebab terpedaya dengan teknik melayan pelanggan diorang. yang ini i pakai kat tangan dan kat rambut kat muka tu tak sebab oily sangat i rasa gatal-gatal muka time tidur dan 1 lagi keranaaaa kat muka i pakai yang ini.


pada mulanya aku takut jugak nak pakai minyak kat muka. tak cukup ke dengan segala minyak yang terkumpul di siang hari pada mukaku kenapa nak tambah lagi kegreasyan muka sendiri? tapi kawan aku pakai kat muka and dia kata nanti bangun tidur rasa macam cantik. rasa. macam. cantik. ahhh perempuan gitu lah mudah terpersona dengan perkataan cantik lalu aku pakai di muka. sebab ianya dry oil so takde lah terlalu oily ngam ngam berkilau muka persis rembulan bercahaya menyinari malam. dan sebenarnya aku ada juga shimmer oil nuxe ni haaa tapi mohtip nak pakai shimmer shimmer di muka kau ingat kau beyonce nak buat show? tapi yang itu i pakai kat kaki bila RAJIN dan bila pakai skirt pendek so macam kaki nampak tanned dan berkilau sikit ahahahahaha. shhh rahsia kita-kita aje.

okay rasanya tu aje kot. adakah kulit i feloles? tidak ya. langsung tidak jauh sekali dari feloles. tetapi at least tidak lah berkerak seperti dahulu kala guys. itu yang penting. kita ni tak lawa takpe, jangan berkerak. tiberwww.

sekarang ni jerawat aku macam selalu naik kat bahagian jaw tu. bila gugel dia kata sebab nak period jadah kau apa yang nak period nya kalau tetiap masa nak tumbuh periodnya tidak jugak menjelma nyampah kannn. pastu gugel lagi katanya hormonal imbalance. haa itu mungkin betul. tapi i tak suka lah jalan penyelesaiannya adalah dengan mengambil pil birth control alaaaa bagaimana kalau i bertambah gemuk? nak jerawat ke nak gemuk? soalan yang susah nak dijawab sebab sekarang ni i dapat dedua sekali. ahahaha.

No comments:

Post a Comment