Thursday, March 23, 2017

of trying to be organized and failing epically


so, i made a promise to myself untuk lebih organized, lebih bersistem di dalam hidup this year. bila kita berjanji dan dah berazam, tentu lah kita kena ada series of plan bagaimana untuk mencapai cita-cita kecil itu. yelahhh, dulu pergi kerja tak payah pikir pasal duit minyak duit parking sebab office begitu dekat sekali dengan rumah, i can literally walk to and fro tau. and i did time gigih nak kurus dulu bahaha. okay masuk balik topik. lol.

makanya, dari awal tahun hari tu i make it a habit untuk track my expenses especially on petrol consumption dan parking. sebab parking kat office baru adalah rm13 sehari mampus ke tidakkkk. dan starting 1st march aku cuba untuk track dengan lebih detail especially bab makan. sebab aku tau mungkin lebih dari setengah dari gaji aku memang habis untuk makan je, aku tak exaggerate tau. ini adalah kebenaran yang sungguh pahit untuk ditelan namun masam jua untuk diluah, kalau dikemam takut lama-lama basi. gittew paham ke i bermetafora?

tapi biasalah guys, sebagai seorang yang memang jenis tak suka benda remeh temeh leceh menyusahkan ni, tentulah cuma mampu bertahan 2 minggu je. *nangis*

bab nak track expenses yang macam grocery shopping ke, petrol ke itu okay tau sebab yelahhh bukan hari-hari kau isi minyak kan. tapi makan ni bukan sahaja hari-hari, malahan kadang tu boleh membawa kepada 6 kali sehari. gigih ke seorang Fasheeha nak update tiap-tiap jam? tentu lah tidakkkk. dapat pulak cukup seminggu dah rasa menggigil terbelanja sampai 3 ratus. helloooo? 3 ratus tapi tak shopping, apa kejadahnya semua ini? lebih seram dari misteri nusantara setiap hari isnin jam 10 malam, bukan?

sebab tu aku stop tracking. sebab terlalu seram. aku rela biarkan diri ini diselubungi misteri. takpe lah, i'll try again next month bahaha. ok but in all seriousness, imma start again next month dan cuba kurangkan keinginan mengarut nak makan western tiap-tiap hari apa kau ingat gaji kau masuk tiap-tiap minggu?! sakit hati kan dengan diri sendiri? itu pun dah banyak jimat sebab i seldom drink my sugary drinks anymore. sekarang ni kalau makan luar relax je tak order minum. atau kalau order pun, air-air boring seperti air sejuk tak pun air limau lololol.

okay ni aku bagi contoh my typical makanan tiap-tiap hari di opis.

pagi: nasi putih berserta lauk sardin dan sambal paru/tempe. (ini dah berlarutan lebih dari 2 minggu, lebih kurang menu yang sama) kadang tu kalau rasa macam tak lapar sangat, beli je sambal paru 3 ringgit dan meratah time buat kerja. atau tempe. sardin je belum rasa nak meratah, kalau tak dengan sardin-sardin aku buat macam makan cekelat. helppp!

lunch: nasi goreng tomyam/bihun goreng tomyam berserta nasi ayam tanpa nasi. selalunya memang akan ada peneman lah untuk setiap makanan aku. melampau kannn. portion nasi goreng dia memang portion untuk si gergasi seperti aku, sumpah tak tipu. kalau mintak nasi half pun sentiasa dikritik rakan-rakan di media sosial dengan soalan "ini ke konsep nasi setengah kau?"

desserts: selalunya buah-buahan. rojak buah (mangga dan nenas sahaja, awasss) tak pun memang buah. buah kat kak lia ni dia kira untuk mangga 1 plastik = setengah buah tau, harga RM1.20. tapi kalau aku, dia takkan jadi 1 plastik, dia akan jadi 2 bijik buah mangga bersamaan dengan 4 plastik bahahahah kira sendiri kos hangus nya berapa. itu belum lagi datang angin kuskus nak makan aiskrim lah, nak makan buah melaka lah, nak salted caramel frappe san francisco lah. saka jin mana lahhh dalam badan, aku pun tak tau.

dinner: ini tricky sikit. biasanya kalau takde pape plan di malam hari, aku akan jimat sikit lah sebab balik rumah masak megi ke masak sardin ke atau makan masakan toh puan sri ke atauuu tak makan langsung. tapi kadang-kadang tu datang kegilababian yang menjadi-jadi, pergi singgah wok it kejap tapau laksa mango sweet chili. kalau keluar tu, toksah cerita la busuk-busuk pun mesti ayam penyet. itu busuk, kalau wangi termakan western lebur 50 hengget. *meratapinasib*

begitu lah hidup i sehari-harian. selera makan tu mengalahkan orang kerja construction. time nak beli nasi pagi-pagi tu memang sama naik dengan bangla mau pun indon beratur tunjuk lauk. tak tipu. orang lain pagi makan bihun goreng tak pun nasi lemak, i relax je nasi berlauk sebab helloooo tak suka nasi lemakkk??? kadang tu pagi makan nasi kerabu. huahuahuaa.

bantuin aku dongggg. gimana mau lebih sistematikkkk? dan kurang makan?

No comments:

Post a Comment