Sunday, March 19, 2017

Level of Sensitivity


aku rasa setiap orang ada sensitivity level yang berbeza untuk setiap perkara. contoh macam aku, bab makanan aku sensitif lebih sikit kalau tengah lapar, order makan lepas tu tunggu lama dan bila dapat pulak makanan tu tak menepati order aku, dia punya sensitif tu boleh bawak kepada tetiba menangis sebab marah sangat. ahahahaha. tapi kalau suruh tengok cerita cinta yang semua orang rasa sedih siap ada yang air mata bertakung membanjiri bawah mata, 97% of the time aku tak boleh nak feel dan langsung tak nangis. siap kena sound dengan kawan lelaki aku, dia kata aku takde perasaan. :'( i mempunyai perasaan yang begitu banyak dan mendalam dan pelbagai tauuu tetapi tu lahhhh tengok pada tempat dan perkara. huahuahuaa. i kalau bab cinta tak sampai kat hati. bab makanan, haaa jangan main-main. bukan sampai ke perut je, malahan ke hati siap baran tu boleh naik sampai kepala. nampak?

nak dijadikan cerita, pagi ni masuk office ada sorang kakak opis tegur i pasal hal last week yang i langsung dah tak ingat apa-apa sebab well, tak penting so tak masuk ke hati. one of my colleagues last week tegur pasal rambut aku ada uban. like few times macam tu. dia cakap kalau dia gerammm je rasa nak cabut. sebab banyak kali jugak dia cakap macam tu, aku cakap jelaaa haa cabut je lah nak cabut sangat. dan time dia nak cabut tu dia cakap eh banyak sangat ni uban, kalau cabut mau botak kepala. perkara ni kebetulannya berlaku depan kakak opis i yang kita namakan dia kak di. so kak di ni yang muka kemain berubah, i relax je tak rasa apa. dah lupa dah pun.

kak di: fasha, kau lain kali jangan bagi orang main kepala kau sentuh-sentuh rambut kau nak cabut uban ke apa ke.

me: aik kenapa kak? kalau makin cabut makin banyak uban ek?

kak di: akak tak suka lahhh. tengok cara dia cakap tu, macam sengaja je nak kena kan kau. benda-benda macam ni tak payah mention in public. and tak payah cakap ulang-ulang.

me: eh takde lah kak, i tak kisah pun. i memang rambut beruban dari zaman sekolah.

kak di: akak tau, tapi orang ni niat bila cakap tu bukan boleh percaya sangat. macam sengaja je nak sakitkan hati. akak pulak yang sakit hati tengok.

lalu kak di ni pergi cite pulak kat kak a dengan membara-bara gitu padahal benda dah lepas dah ni jumaat hari tu ahahaha.

kak a: fasha ni memang macam ni. naive.

me: *gelak-gelak* i kalau orang nak tegur pasal uban ke pasal apa pun takpe kak, jangan tegur pasal i gemuk. itu i sensetip tauuuuu walaupun memang gemuk.

......................................................................................

should i be sensitive about this, guys?

aku rasa benda tu macam kecik sangat takde apa pun. takde lah rasa terhina sebab rambut ada uban ke apa kahkahkah.

tapi aku paham ada orang memang jenis berhalus nak perli ke sakitkan hati kita. cumanya, aku ni bukan orang yang berhalus gitu. makanya aku sikitt pun tak sakit hati. kalau niatnya tak baik, terpulang lah kan. yang penting jangan ujung-ujung kau sendiri yang makan hati sebab aku relax je tak terkesan hatta secuit pun. i tak reti guna cara halus tau. kalau i rimas i terus tak kawan dengan orang tu. kalau i tak suka i memang sound tepet je dan buat muka. tak reti lah nak cakap lembut-lembut baik-baik dedepan tapi sebenarnya hati menyimpan amarah dendam durjana gitu.

yang pentinggg skang, cakap pasal uban i tak marah tapi awas ehhh siapa cakap i gemuk. i akan terkesan dengan mendalam dan akan membenci orang tu seumur hidup. tiberwww.


No comments:

Post a Comment